Sunday, January 7, 2018

Wang Lebih Penting Daripada Seruan Solat




Suatu ketika, Malaikat Jibril a.s.datang menemui Rasulullah SAW sambil berkata: “Bacalah..” Jawab Nabi SAW: “Bacaan manakah yang mesti aku baca?”… Kemudian Jibril pun membaca AYAT 59 SURAH MARYAM iaitu maksudnya: “Maka datanglah sesudah mereka PENGGANTI YANG LEBIH BURUK, YANG MENSIA-SIAKAN SOLAT DAN MENURUTI HAWA NAFSUNYA, hingga kelak mereka akan menemui kesesatan.”… 

Lantas Rasulullah bertanya: “Ya Jibril, adakah sepeninggalanku nanti akan ada daripada kalangan umatku yang mensia-siakan solat?”… Jawab Jibril: “Ya ada.. Pada akhir zaman nanti akan ada sekelompok manusia daripada umatmu yang mensia-siakan solat, mengakhirkan waktu solat, dan memperturutkan kehendak nafsunya… WANG SATU DINAR BAGINYA LEBIH BERHARGA DARIPADA SOLAT.”… 

SUBHANALLAH… Cuba kita perhatikan fenomena masa kini, sesetengah umat Islam LEBIH SAYANGKAN MASA UNTUK MENGEJAR KEBENDAAN DUNIAWI, daripada MENYAHUT PANGGILAN AZAN di masjid atau di surau..… 

Kita sudah pun berada dalam zaman yang diperkatakan Jibril a.s. itu… Kita boleh menilai kedudukan IMAN diri sendiri, setakat mana tebalnya, dengan melihat APAKAH HATI KITA SENTIASA TERPAUT PADA MASJID bagi mengerjakan solat berjemaah… Kita boleh juga jadikan KERAJINAN mengunjungi masjid atau surau bagi menunaikan solat berjemaah SEBAGAI KAYU PENGUKUR KETULENAN IMAN KITA… Wallahu a'lam.... *GAMBAR HIASAN SAHAJA*.....

[Ustaz Ramli Joned]

No comments:

Post a Comment