Saturday, January 13, 2018

10 Wasiat Rasulullah s.a.w. Buat Wanita




Rasulullah s.a.w.  berpesan kepada FATHIMAH, Puterinya :

1. *Wahai Fatimah*

Sesungguhnya wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, kelak Allah akan tetapkan baginya kebaikan dari setiap biji gandum yang diadunnya, dan juga Allah akan melebur kejelekan serta meningkatkan darjatnya.

2. *Wahai Fatimah*

Sesungguhnya wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah akan menjadikan antara neraka dan dirinya tujuh tabir pemisah.

3. *Wahai Fatimah*

Sesungguhnya wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan kemudian mencuci pakaiannya, maka Allah akan tetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. *Wahai Fatimah*

Sesungguhnya wanita yang membantu keperluan jiran-jirannya, maka Allah akan membantunya untuk dapat minum di Telaga Kautsar pada hari kiamat nanti.

5. *Wahai Fatimah*

Yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri.

Andaikata suamimu tidak redha kepadamu,maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah Fatimah, Kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. *Wahai Fatimah*

Ketika seorang wanita hamil, maka malaikat memohonkan keampunan baginya, dan Allah tetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan, serta melebur seribu kejelekan. 

Ketika seorang wanita merasa sakit akan melahirkan, maka Allah tetapkan pahala baginya sama dengan pahala para Pejuang Allah. 

Ketika seorang wanita melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. 

Ketika seorang wanita meninggal dunia kerana melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun, didalam kubur akan mendapat taman yang indah yang merupakan bagian dari taman syurga. 

Allah memberikan kepadanya pahala yang sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohon keampunan baginya hingga hari kiamat.

7. *Wahai Fatimah*

Ketika seorang isteri melayani suaminya selama sehari semalam, dengan rasa senang dan ikhlas, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya serta memakaikannya pada hari kiamat berupa pakaian serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. 

Allah pun akan memberikan kepadanya pahala seratus kali ibadah haji dan umrah.

8. *Wahai Fatimah*

Ketika seorang isteri tersenyum di hadapan suaminya, maka Allah akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. *Wahai Fatimah*

Ketika seorang isteri membentangkan alas tidur untuk suaminya dengan rasa senang hati, maka para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. *Wahai Fatimah*

Ketika seorang wanita meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggutnya dan memotong kumisnya serta kuku-kukunya, maka Allah akan memberi minuman yang dikemas indah kepadanya, yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. 

Allah pun akan mempermudah sakaratul maut baginya, serta menjadikan kuburnya bahagian dari taman syurga. Allah pun menetapkan baginya bebas dari seksa neraka serta dapat melintas siratul mustaqim dengan selamat.

[Sumber: FB Ahmad Ezry]


No comments:

Post a Comment