Sunday, January 14, 2018

6 Nasihat Untuk Isteri




Umamah binti al-Haris menemui puterinya lalu berpesan kepadanya dengan suatu pesan yang menjelaskan dasar-dasar kehidupan yang bahagia dan kewajipannya terhadap suami yang patut menjadi ikutan bagi para-para isteri

Dia berpesan:

Peliharalah untuknya 6 perkara, nescaya ini akan menjadi kekayaan bagimu. 

1. Tunduk kepadanya dengan qana’ah (merasa cukup), serta mendengar dan patuh kepadanya sepanjang masa

2. Memperhatikan mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat suatu keburukan darimu dan jangan sampai mencium darimu kecuali aroma yang paling harum. 

3. Memperhatikan tidur dan makannya, kerana terlambat makan akan membuat hatinya bergejolak dan menggagalkan tidur itu membuat dia marah. 

4. Menjaga hartanya dan memelihara keluarga dan kerabatnya. Inti perkara berkenaan dengan harta ialah menghargainya dengan baik, sedangkan berkenaan dengan keluarga ialah mengaturnya dengan baik. 

5. Jangan menentang perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana jika engkau menyelisihi perintahnya, maka hatinya menjadi kesal dan jika engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau tidak merasa aman terhadap pengkhianatannya. 

6. Janganlah engkau bergembira di hadapannya ketika dia bersedih dan jangan pula bersedih di hadapannya ketika dia bergembira
Attachments area

No comments:

Post a Comment