Wednesday, October 4, 2017

Tuah Bertuah





Seorang lelaki tua yang miskin, di kota Al-Qassim, Saudi Arabia, DIHIMPIT HUTANG yang besar jumlahnya, kepada seorang PENIAGA KAYA, yang juga sudah berumur…. Tempoh hutang sudah beberapa kali lewat, si lelaki tua itu masih belum mampu membayar balik hutangnya, sedangkan si peniaga itu terus mendesak dan mendesak…

Peniaga tersebut akhirnya memberi pilihan kepada lelaki tua berkenaan, iaitu MEMBAYAR HUTANGNYA, atau MASUK PENJARA…. Lelaki tua tersebut, kebetulan mempunyai DUA ORANG ANAK PEREMPUAN, seorang berumur 20 tahun dan seorang lagi berumur 17 tahun…. Si peniaga ini tahu akan hal tersebut… Lalu ia memberi satu lagi pilihan kepada lelaki tua itu, iaitu MENGAHWINKAN DIA DENGAN SALAH SEORANG ANAK PEREMPUANNYA…. Lalu hutang lelaki tua itu dianggap SELESAI, dan dia tidak akan dipenjarakan….

Anak perempuan yang pertama menolak kerana katanya, dia tidak mahu menghabiskan hidupnya bersama suami yang sudah berumur… Anak perempuan yang kedua pula sebaliknya… SAYA BERSEDIA BERKAHWIN DENGANNYA, AGAR AYAH TIDAK MASUK PENJARA, DAN BEBAS DARI HUTANG… Maka akhirnya telah sepakat waktu dan tempatnya, berkahwinlah peniaga yang kaya itu dengan anak gadis lelaki tua tersebut, pada malam Juma’at… 

Diantara kebiasaan sebahagian orang Arab, bahawa orang yang berkahwin setelah aqad nikah tidak boleh terus tinggal bersama isteri…. Demikian pula dengan peniaga yang sudah berumur ini… Lalu dia mengatakan kepada mertua barunya bahawa ia akan pergi ke luar negeri untuk suatu urusan perniagaannya dan akan kembali dalam masa satu minggu…

Akan tetapi dengan takdir Allah, semasa di luar negara, PENIAGA ITU JATUH SAKIT DAN AKHIRNYA IA MENINGGAL DUNIA…. Akhirnya isteri yang ditinggalkan yang belum digauli tersebut, mewarisi hartanya yang melimpah… Dia mendapatkan dua kebaikan sekaligus.. Iaitu ayahnya bebas dari hutang dan penjara, dan dia mendapatkan harta warisan jutaan rial dari harta peninggalan suaminya tersebut… Wallahu a’lam… *GAMBAR HIASAN SAHAJA*...

[Sumber FB Ustaz Ramli Joned]

No comments:

Post a Comment