Saturday, October 7, 2017

Ingat Mati




B
ila Izrail datang memanggil, 
Jasad terbujur di pembaringan,
Seluruh tubuh akan menggigil,
Sekujur badan nan kedinginan.

Tiada lagi gunanya harta,
Kawan karib sanak saudara,
Jikalau ada amal di dunia,
Itulah hanya pembela kita.

Janganlah mahu disanjung-sanjung,
Engkau digelar manusia agung,
Sedarlah diri tahu diuntung,
Sebelum masa keranda diusung.

Datang masanya insaflah diri,
Selimut putih pembalut badan,
Tinggal semua yang dikasihi,
BERBAKTILAH HIDUP SEPANJANG ZAMAN.

#MuhasabahTentangHakikatDiri

No comments:

Post a Comment