Thursday, July 6, 2017

Peluklah Anjingmu!



Orang Islam pegang  atau tidur dengan anjing adalah Islam yang "maju" dan "moden." Jadi,  kita orang Islam yang  "kolot" tidak perlu memberikan reaksi yang berlebihan. 

Nanti bertambah terserlah pula kekolotan kita kepada mereka. Sebaliknya kita alu-alukan supaya mereka terus maju bersama-sama anjing seperti yang mereka mahu. Tetapi ini bukanlah "menganjingkan" . Ini ikhlas.

Tidak perlu menggunakan hujah agama dengan puak-puak ini. Kita pun tidak tahu benarkah yang memegang anjing itu Islam. Bukan susah sangat pun untuk dipakaikan tudung bagi menunjukkan Islam. 

Mungkin lepas ini ada pula yang pakai serban atau jubah yang peluk babi. Tidak mustahil. Nak disarungkan saja bukan susah sangat. Kita jangan terujalah itu orang Islam.

Seandainya benarlah mereka itu Islam dan kalau tidak memegang atau tidur dengan anjing mereka akan sakit atau gila, biarlah mereka dengan keanjingan itu. Ini kerana orang waras yang gila lebih bahaya daripada anjing gila.

Kita tidak perlu menghentam atau menasihat. Tidak perlu tunjuk minat untuk ambil peduli tentang mereka. Jangan terkejut kalau selepas ini mereka nak bela babi sebagai haiwan peliharaan.

Cuma saya minta janganlah mereka golongan Islam yang "maju" itu memperagakan di media sosial yang seolah-olah mengajak orang Islam lain sama dengan mereka.

Cuma kalau mereka tidak cukup anjing, saya boleh minta kawan saya tangkap selori anjing liar untuk diberikan secara percuma. 

Buat apalah hendak dihebah di media sosial?  Pegang anjing atau tidur dengan anjing bukanlah hebat sangat pun. Lainlah kalau tidur dengan buaya. Patutlah dihebah. Itupun bukan buaya darat.

Mereka kena sedar, tidak semua orang berfikiran maju macam mereka dan selera memeluk atau mencium anjing. Banyak yang kolot termasuk saya yang termuntah hijau bila termasuk dalam restoran hidang daging anjing di Hong Kong.

Kalau mereka digigit anjing, janganlah panggil orang media buat liputan. Mereka tidak akan melayan kerana itu tidak ada "news value". 

Tetapi kalau mereka yang gigit anjing beritahulah orang media. Berduyun-duyun akan datang kerana ada "news value".  Ketika itu anjing pun akan panik bila sudah ada manusia perangai macam anjing.

Sekali lagi, teruskanlah kehidupan moden dan maju dengan anjing-anjing itu. Kami yang tidak maju ini tidak ada masalah. Moga-moga dengan peluk cium anjing kita akan bertambah maju.

[Sumber :Ku Seman Ku Hussai

No comments:

Post a Comment