Friday, July 7, 2017

Istighfar Selepas Setiap Solat



Kita melihat kebiasaan orang beristighfar sebaik selesai memberi salam dalam solat.Tidak pula mereka mendahulukan kalimah lain seperti kalimah bersyukur,kalimah memuji Allah.Sandarannya pada hadis dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلاَتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلاَثًا
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika selesai solat, beliau membaca istighfar 3 kali.
Kemudian membaca,
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
(HR. Muslim 1362 & Nasai 1345).

Alasan lain mengapa kalimah istighfar perlu disebut setiap kali selesai suatu ibadat adalah kerana terdapat banyak perintah  dalam al-Quran mahupun hadis, agar kita mengakhiri amal kita dengan istighfar. Di antarannya;

Sebaik selesai solat tahajud, agar diakhiri dengan istighfar di waktu sahur Allah berfirman,
وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ
“Dan mereka yang rajin istighfar di waktu sahur.” (QS. Ali Imran: 17)

Allah juga berfirman di akhir surat al-Muzammil, yang membahas masalah 
 solat tahajjud
وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. al-Muzammil: 20)

Sebaik selesai amalan haji juga disuruh beristighfar.
فَإِذَا أَفَضْتُمْ مِنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِنْدَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِنْ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ (198) ثُمَّ أَفِيضُوا مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُوا…
Apabila kamu telah bertolak dari ‘Arafat, berdzikirlah kepada Allah di Masy’aril-haram. Dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat. Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya orang-orang banyak (‘Arafah) dan mohonlah ampun kepada Allah; (QS. al-Baqarah: 198 – 199)

Bahkan,nabi diperintah beristighfar bila selesai tugas kenabian
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ . وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا . فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. (QS. an-Nashr: 1 – 3)

Jangan pandang remeh pada melafazkan istighfar selepas bersolat.Jika para nabi pun disuruh beristighfar memohon ampun setelah selesai ibadatnya,maka kita manusia biasa tentulah lebih lagi. Ini kerana ibadat kita mungkin penuh dengan berbagai kecacatan,kelalaian berbanding ibadat para nabi.Semoga dengan istighfar itu Allah mengampunkan  berbagai kekurangan dalam ibadat kita. Oleh itu jangan sesekalii ditinggalkan istighfar 3 kali, walaupun tidak sempat membaca yang lain.

[Sumber: FB Abdul Ghani Haron] 

No comments:

Post a Comment