Tuesday, March 14, 2017

Taksub Jin Membatal Syahadah


Jin dicipta dari lidah api. Sifatnya boleh berubah dan menjelma dalam apa jua bentuk yang diingininya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jin terdiri daripada 3 golongan:
1. Golongan yang mendapat pahala dan juga
seksa,
2. Golongan yang berterbangan di antara langit
dan bumi,
3. Golongan yang berupa ular dan anjing.
(HR Imam Bukhari dan Tirmizi).

Baginda juga bersabda, " Sesungguhnya syaitan itu berlari (bergerak bebas) dalam tubuh anak Adam melalui saluran darah." (HR Imam Bukhari).
Bagi menghalang kemasukan jin dan syaitan ke dalam tubuh manusia, Baginda berpesan, "Jika seseorang daripada kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka.) (HR Imam Muslim).

Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan, "Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah (dengan membaca Basmallah) kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan nama Allah). Ikatlah bekas-bekas air kalian dan sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah, walaupun (tutupan itu) sekadar meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian." (HR Imam Muslim).

Ketika Sayidina Umar hendak pergi ke Iraq, Ka'ab al Ahbar menasihatkannya dengan berkata, "Wahai Amirul Mukminin! Janganlah engkau ke sana kerana di sana sembilan persepuluh sihir dan di sana juga ada kumpulan jin yang fasik serta wabak penyakit yang berjangkit." (Kitab Al Muwatta oleh Imam Malik.)

================

Jangan mengagung-agungkan kehebatan kuasa jin dan syaitan kerana ia perbuatan SYIRIK yang boleh MEMBATALKAN SYAHADAH. Naudzubillah min zalik!!!
Apapun kuasa yang ada di alam ini, semuanya bersumber daripada ALLAH S.W.T. Ia berlaku dengan IZIN-NYA untuk menguji kekukuhan IMAN hamba-hamba-Nya.

Amalan Syurga berasaskan RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN yang ALLAH perintahkan. Ia dilaksanakan oleh hamba-hamba yang mencintai Allah serta Rasul-Nya.

Amalan Neraka berasaskan KUASA PENIPUAN ANAK-PINAK DAJJAL. Ia dikuti dengan rasa kagum dan taksub oleh golongan yang terpedaya.
Syurga atau neraka terletak di tangan masing-masing. PILIHLAH YANG TERBAIK DAN MEMBAWA KEBAIKAN PADA DIRI SENDIRI. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment