Sunday, March 26, 2017

Lidah Jangan Tergelincir


Rasulullah S.A.W. pernah didatangi seorang lelaki yang berkata, “Ya Rasulullah, sungguh si fulanah itu terkenal banyak solat, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap jiran tetangganya.”

Maka berkatalah Rasulullah S.A.W. kepadanya, “Sungguh dia termasuk ahli neraka”.

Kemudian lelaki itu berkata lagi, “Kalau si fulanah yang satu lagi pula terkenal kerana sedikit solat, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya.”

Maka Rasulullah S.A.W berkata, “Sungguh dia termasuk ahli syurga.” (Hadis Riwayat Muslim).


Situasi 1:

"Eh, kau perasan tak hujan lebat awal pagi ni? Siap guruh berdentum lagi."

"Aku bangun TAHAJUD DAN SEMPAT BACA AL QURAN SATU JUZUK!"

Situasi 2:

"Kesian betul dengan Si Mat. Dahlah dia tak sihat, motosikal pula rosak. Kena pakai banyak duit tu."

"Kawan-kawan serumah dia, macam Si Awie tu bukan tak tahu kesusahan dia tapi masing-masing buat dèk jer. Pasal tu aku SEDEKAH DUIT KAT DIA!"

============

Menghebohkan ibadah sendiri kepada orang lain supaya dikagumi itu RIAK.

Mengata orang di belakangnya itu MENGUMPAT.

Kagum dengan amal baik sendiri itu UJUB.

Sesuatu amalan yang dilakukan demi redha manusia hanya sia-sia. Kepenatan yang kosong semata-mata. Naudzubillah min zalik!

Allah hanya melihat NAWAITU DI DALAM HATI....LILLAHI TAALA!!!

No comments:

Post a Comment