Monday, March 6, 2017

Senarai Semak Selepas Bersara



Selepas bersara usah sibuk bela kucing, cari Pokemon dan ralit main Facebook atau apa saja yang tiada faedah. Sebaiknya rancang ibadah agar mati dalam akidah/ibadah yang betul. Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak sekolah dulu. Sila beri perhatian kepada cadangan ini:

1. Mantapkan ilmu aqidah/ Tauhid untuk memastikan aqidah kita benar dan betul. Kalau aqidah salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan
termasuk golongan neraka. Akidahlah kunci syurga.

Mantapkan ilmu feqah dan tasauf. Jangan asyik belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca Quran. Lainlah kalau tak pandai
baca Quran, wajiblah kita belajar. Bagi yang dah mahir baca, banyakkan tadabbur Quran dan fahamkan isi al Quran.

2. Banyakkan taubat. Di mana pun boleh taubat. Bukan hanya di Makkah saja. Jangan abaikan taubat walaupun sehari.

3. Perbaiki ilmu solat agar betul. Jangan buang masa tengok drama TV.

4. Dapat duit pencen jangan sibuk shopping macam orang kaya. Itulah penyambung nyawa kita 10 ke 15 tahun lagi. Jangan asyik belikan cucu itu dan
ini. Sesekali tak apalah! Yang penting, guna duit tu untuk settle fidyah puasa dan qadha puasa. Itu semua hutang kita pada Allah. Dan jangan
lupa hutang pada manusia yang belum kita bayar.

5. Kalau belum ke Makkah, dan ada duit gratuiti, pergilah segera. Jangan sibuk renovate rumah. Duduk dalam rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak
repair pun repair bumbung saja sebab takut kita kena hujan. Tentukan mengambil bahagian dalam ibadah Korban setiap tahun walaupun satu
bahagian.

6. Banyakkan sedekah jariah dan juga wakaf. Bukan sedekah pada orang buta yang ada sindiket. Sedekah pada orang nak buat masjid, pondok ngaji
dan sebagainya. Sedekah jariah itu nanti akan mengalirkan pahala bila kita dah dikambus tanah nanti.

7. Pagi dan petang jangan lupa bersenam dan juga check up kesihatan selalu, supaya kita tak sakit dan menyusahkan anak-anak yang kena jaga kita
waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan sendiri. Kalau tak sakit, mudah nak buat ibadat.

8. Jangan banyak tidur sebab kita pun tak lama lagi akan tidur lama.


9. Jangan jadi kuli anak waktu tua. Waktu inilah anak durhaka suka landingkan anak mereka pada kita untuk mereka melaram pergi kenduri dan
shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dan hal-hal penting. Tapi bukan selalu. Ingat tu!

10. Jangan terlibat dengan apa jua bisnes. Cukuplah pencen dan simpanan yang ada untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni. Hidup kita pun
tak lama. Andai kalau bankrap, jawabnya jadi cleaner atau pak guard sampai mati.

11. Waspada bagi anak pinjam duit kita. Kalau penting sangat bolehlah beri tapi pastikan mereka bayar balik. Itu duit hari tua kita. Jangan
sampai kita mengemis sebab kerakusan anak-anak. Sayang anak biar bertempat. Jangan sekali kita diperbodohkan.

Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan keewangan seperti mana kita dulu yang sanggup ikat perut nak besarkan mereka. Terkadang anak dan
menantu kita ni mereka hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shopping tanpa fikir masa depan anak-anak mereka. Baju penuh almari. Mekap
yang mahal. Kalau boleh nasihatkan mereka.


12. Ziarah kawan-kawan dan saudara mara kita, sebab usia kita pun tak panjang. Apa lagi mungkin kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda
dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Inilah masanya kita tebus segala dosa kita agar kita selesaikan semua urusan dengan manusia
bila mati nanti.

13. Akhirnya, bersabarlah hidup di hari tua. Ujian macam kelkatu. Ingat Allah selalu, agar kita selalu tenang hingga bertemu Dia.

[FB Cikgu Fauzi Sulaiman]

No comments:

Post a Comment