Thursday, March 9, 2017

Ribut Dalam Cawan

Sekarang selalu terdengar slogan "Kita harus bersatu padu". Bolehkah ini berlaku?

Wujudnya iman yang rapuh, sikap berbangga dengan status diri, keluarga, keturunan, etnik, atau puak yang merasakan merekalah yang terbaik dan orang lain pula dianggap tidak setara, slogan mengenai perpaduan hanya omong kosong.

Ingatkah semasa Allah SWT memerintahkan Iblis sujud kepada Nabi Adam? Dia enggan dan dengan sombong memperlekehkan, "Aku lebih baik daripada dia." Ucapan ini menyebabkan kemurkaan Allah SWT dan dia dihalau dari syurga.

Allah mencipta manusia dengan keunikan yang berbeza di segi fizikal, citarasa, kecenderungan dan tanggapan. Perbezaan ini harus diakui dan diraikan oleh semua manusia.

Kalau sifat bangga dan taksub mampu diatasi, perpaduan dapat dibincang dan dilaksanakan dengan harmoni. Perpaduan pasti menjadi lebih realistik.

Berpadu bererti menguruskan perbezaan, bukan menghapuskannya. Jika tidak bijak menguruskan perbezaan, akan berlaku banyak perselisihan dan dikhuatiri berakhir dengan perpecahan.

Mengapa biarkan RIBUT DALAM CAWAN mengaburkan pandangan sehingga tidak perasankan TSUNAMI 10 skala Richter yang bakal melanda. Bukalah mata hati seluas-luasnya!

Allah SWT melarang perpecahan dan pertolongan-Nya tidak akan sampai kepada golongan yang bercerai-berai.

Allah SWT menegur perbuatan berselisih faham antara manusia menerusi firman-Nya dalam Surah al-Nisa 4:59.

No comments:

Post a Comment