Sunday, May 6, 2018

Rancang Kehidupan Selepas Kematian




Bila kita meninggal dunia kelak, tentu kita berharap ramai orang yang solatkan jenazah kita dan lebih ramai lagi yang mendoakan kita.

Pun begitu, kita tidak perlu terlalu bergantung kepada doa manusia semata-mata, malah kita juga boleh mendapat doa daripada makhluk selain daripada manusia yang berganda-ganda lebih ramai dan banyak.

Sabda Nabi saw:
Sesungguhnya Allah, malaikat-Nya, penduduk langit dan bumi, hinggakan semut di sarangnya dan ikan di lautan akan pasti mendoakan (kebaikan) buat orang yang mengajar manusia ilmu kebaikan (agama).
HR Tirmizi 5/50: Tirmizi: Ghorib, Albani: Sahih).

Ilmu agama yang kita sampaikan dan menyebabkan manusia mendapat keselamatan di akhirat itulah didoakan oleh makhluk ciptaan Allah yang lain.

Hadis ini sudah cukup menjadi motivasi buat kita untuk berlumba-lumba mengajar kebaikan Islam kepada orang lain.

Oleh itu kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.

No comments:

Post a Comment