Tuesday, May 22, 2018

Allahyarham Dr Fadi, Syahid Palestin Di Malaysia



Dr Fadi M M R Albatsh, 35 tahun, Imam dari Palestin telah dittembak mati oleh dua orang ejen negara asing yang bermotosikal di luar kondominiumnya di Jalan Gombak, pada 21 April ketika sedang berjalan ke surau untuk menunaikan solat subuh. Allahyarham merupakan seorang pensyarah bidang kejuruteraan elektrik dan roket di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Allahyarham aktif dalam NGO Islam yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Keluarga allahyarham menuduh Mossad Israel yang membunuhnya. Menurut Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), kepakaran teknikal Dr Fadi menjadikannya sasaran penjahat.  

Berikut adalah  temuramah bersama Allahyarham Dr Fadi mengenai perincian biasiswa yang diterimanya di Malaysia |

"Apabila saya diterima untuk menyambung ijazah kedoktoran di Universiti Malaya, malang sekali kerana tidak terdapat biasiswa sedia ada, tetapi penyelia saya berjanji untuk mendapatkan geran sebagai pembantu penyelidik dalam sem kedua pengajian, dan saya berada dalam kedudukan yang teragak-agak di mana kos perjalanan dan pengajian terlalu tinggi, tetapi saya bertawakkal kepada Allah, dan terima kasih kepada Allah terlebih dahulu dan kemudian terima kasih kepada bapa saya yang membantu saya membuat keputusan untuk bermusafir dan mengambil risiko menempuh perjalanan kehidupan yang tidak pasti.

Pada saat itu, teringat saya akan hadis nabi Muhammad SAW yang bermaksud: 
"Barangsiapa yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan jalannya untuk ke syurga."

Kemudian saya teringat akan kata-kata penyair Safiuddin al-Hali:
"Tidak akan memperoleh kemuliaan siapa yang tidak menempuh bahaya, dan tidak akan mendapat kedudukan yang tinggi siapa yang mendepani ketakutan."

Saya duduk selama kira-kira 8 bulan di Malaysia tanpa apa-apa biasiswa. Saya menghabiskan semua simpanan saya, kemudian kehidupan mula menjadi sukar, tetapi Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya mendapat geran sebagai pembantu penyelidik daripada penyelia universiti saya. Tetapi biasiswa ini bukanlah biasiswa penuh, lalu saya mencari biasiswa penuh terutama apabila isteri saya ingin melanjutkan pelajaran ijazah sarjana.

Melalui pencarian saya, saya dapati biasiswa perbendaharaan kerajaan (Yayasan Khazanah) adalah biasiswa yang berkedudukan pertama di Malaysia dari segi kualiti dan ketersediaan bisiswa, dan dianggap sebagai biasiswa yang terbaik di dunia. Biasiswa  itu pada asalnya bertujuan untuk pelajar Malaysia, tetapi kategori baru telah ditambah untuk memasukkan negara-negara dari Asia termasuk Indonesia, Bangladesh dan Thailand. Palestin tiada di dalam senarai, namun pada akhir tahun 2013, penambahan Palestin ke dalam senarai negara penerima diluluskan di bawah cawangan biasiswa Asia.

Oleh kerana biasiswa itu berbeza daripada yang lainnya, persaingannya sangat sengit dan sangat sukar untuk diperoleh. Pemohon perlu melalui empat peringkat penilaian, termasuk ujian IQ, peta minda, temuduga, dan lain-lain, di samping pengecualian daripada pelbagai permintaan dalam pemeriksaan awal. 

Alhamdulillah saya lulus semua tahap ini dengan jayanya selepas membuat persiapan yang perlu. Saya dengan dua saudara Palestin antara yang terawal mendapat biasiswa ini pada akhir tahun 2013.

#DrFadiDalamKenangan

No comments:

Post a Comment