Saturday, April 29, 2017

Hindari Sakit Tua


tyl choline (Ach) juga bekurangan dalam penyakit penuaan.

Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian penting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi seperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).

Sentiasa berdoa sambil mengamalkan langkah berikut untuk menjauhi sakit tua:

1. Baca dan hafal Quran bagi meningkatkan fungsi otak.

Amalkan baca Quran walaupun beberapa ayat setiap hari. Cuba fahami makna agar dapat menghayati ajaran dan mengamalkannya. Bacaan Quran bertajwid dan bertaranum adalah satu kaedah mengaktifkan otak. Ia merangsang pertumbuhan sel otak dan meningkatkan transmisi eletrik menerusi synapses.
Bacaan berulang meningkatkan ingatan dan hafalan. Disyorkan baca 40 kali bagi setiap ayat. Amalan ini insyaallah boleh mencegah penyakit nyanyuk.

2. Tenangkan fikiran dan atasi stres.

Tekanan mental, fizikal dan emosi yang berpanjangan mencetuskan hormon steroid, cortisol yang boleh merosakkan sel neuron dan stesen pemancar eletrik, synapses khususnya di kawasan hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan serta memproses pemikiran.

Cuba kawal stres dengan sentiasa berzikir, bertasbih dan berselawat di mana-mana dan bila-bila masa ada peluang.

Sedut nafas panjang melalui hidung dan hembus nafas keluar perlahan-lahan melalui mulut. Ulang selama 5 minit, tidak kira di mana kita berada. Amalkan berkebun di sekitar kawasan rumah selama 30 hingga 60 minit, setakat tanam sayur dan herba. Sambil berpeluh ia juga dapat beri ketenangan.

Ketawa dan senyum selalu untuk kurangkan stres. Jenaka cetuskan pengeluaran dopamine yang menimbulkan rasa keriangan dan ceria.

3. Terus belajar bidang baru.

Peroses pembelajaran mencambahkan pertumbuhan sel serta meningkatkan fungsi otak, tidak kira umur atau bidang ilmu apa pun. Baca kitab, buku dan artikel di internet.

Untuk lebih berkesan, belajar bidang baru yang boleh mecabar otak seperti bertukang atau carpentering, melukis atau belajar bermain alat muzik. Jadikan ia sebagai satu hobi untuk memenuhi waktu lapang khususnya bagi yang telah bersara.

4. Terus bekerja dan berkhidmat tanpa bersara.

Kekosongan tanpa aktiviti fizikal dan mental boleh menyebabkan otak cepat mengecut atau atrophy. Alhamdulillah, saya yang self employed dan punya ilmu dan kemahiran dalam pembedahan gynecology, jadual masa saya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda. Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk terus beri khidmat kepakaran saya kepada kaum wanita khususnya.

5. Senaman meningkatkan fungsi otak.

Amalan senaman fizikal selama 30 minit atau lebih memberi banyak kesan positif kepada fungsi otak dan meningkatkan bekalan oksijen ke otak. Ia penting untuk mencegah serangan angin akhmar.

Mencetuskan pengeluaran BDNF, brain derived neurotrophic factor untuk meningkatkan fungsi otak iaitu kognitif dan pembelajaran, meningkatkan mitochondria dan organelles yang membekal tenaga kepada sel otak.

Bagi warga emas, yang terbaik ialah berjalan kaki selama 30 minit di sekitar kawasan perumahan selepas solat subuh. Senaman regangan untuk merawat sakit tengkuk dan pinggang.

6. Tidur yang cukup, antara 5 hingga 8 jam.

Memang telah jadi amalan saya tidur awal, jam 10 malam dan bangkit awal, jam 5 pagi. Dan sebelum zohor saya tidur sebentar atau power nap. Waktu tidur aktiviti otak pun berehat, segala fungsi diselaras semula (reset), sel neuron baru tumbuh dan sambungan synapses diperkukuh. Bila bangun kita dapat berfikir dengan terang kerana otak lebih aktif. Jika ada masa amalkan senaman fizikal 30 minit selepas bangun tidur untuk menghasilkan kesan rangsangan otak terbaik.


7. Omega 3 dan DHA.

Otak mengandungi 60% lemak dan darinya 25% adalah Omega3 DHA, penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan. Kekurangan omega 3 dan DHA terdapat pada pesakit alzheimer, menjadikan sel otak tegang dan mudah inflamasi serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan. Sumber omega 3 terbaik adalah dari ikan berminyak saperti salmon, tuna, mackerel, hati, otak dan minyak krill. Sumber omega 3 dari walnut, badam, avacado, flaxseeds, peanut juga baik.

Sekarang ini pil2 minyak ikan dan krill banyak terdapat dalam pasaran. Setiap biji pil mengandungi 1000 mg minyak ikan atau krill. Makan satu atau dua biji setiap hari. Minyak krill lebih mudah diserap dan juga mengandungi antioxidant, astaxanthine.

8. Minyak kelapa dara (VCO)

Otak mendapatkan sumber tenaga dari glucose yang memerlukan insulin. Otak menghasilkan sumber insulin sendiri. Pesakit alzheimer kekurangan insulin dalam otak, kesannya kurang sumber tenaga. VCO mengadungi 60% medium chain triglycerides (MCT), sumber ketones yang menghasilkan tenaga.
Minum 2 sudu besar VCO setiap hari dikatakan dapat membantu pesakit alzheimer.

9. Vitamin D3.

Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel serta fungsi otak. Pesakit penuaan seperti alzhmeir kekurangan vitamin D. Wanita hamil disarankan mengambil vitamin D3 yang biasanya diadun bersama pil kalsium. Mungkin orang Malaysia jarang mengalami kekurangan vitamin D kerana bila terdedah kepada cahaya matahari tubuh kita boleh membina vitamin D.

10. Vitamin B12.

Memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir. Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil dan penyakit alzhmeir. Sumber utama B12 ialah daging, ayam, susu dan telur. Makanan tersebut juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak.

11. Kesihatan perut dan usus.

Dianggap sebagai otak kedua kerana terdapat hubungan saraf terus ke otak melalui saraf vagus dan cranial nerve ke 10. Pastikab pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Jauhkan makanan junk dan berproses, gula serta karbohaidrat tinggi. Makan lebih fermented food dan probiotics.


12. Buah-buahan dan herba ulaman.

Terdapat banyak jenis buahan dan herba yang merangsang pertumbuhan sel otak, meningkatkan sambungan dan hubungan di antara sel-sel otak. Buah berries, kismis dengan kandungan flavonoids – anthocyanins dan flavanol.

Kimia pemancar eletrik otak Ach bolih berkurangan akibat tindakan enzim terentu. Akibatnya penurunan fungsi otak. Terdapat beberapa herba yang mengandungi inhibitor yang boleh menghalang tindakan enjim2 tersebut dan berkesan merangsang fungsi otak, barcopa, ginko baloba, rosemary, sage, mint, holy basil dan lain-lain.

13. Kawal penyakit yang memudahkan serangan angin ahmar.

Penyakit darah tinggi, kencing manis, kegemukan dan kolesterol tinggi perlu dikawal dengan rawatan doktor pakar.

14. Rangsang otak.

Kita perlu merangsang dan mengaktifkan otak setiap masa. Muzik sebagai satu cara meningkatkan fungsi otak di samping memberi ketenangan minda. Lebih baik kalau belajar bermain alat muzik setakat untuk kegunaan sendiri.

Interaksi sosial mengukuhkan silaturrahim melalui perbualan telefon dengan ahli keluarga, rakan sebaya. Anjurkan makan bersama.

Pelajari satu kemahiran baru, jadikan ia satu hobi. Kita perlu membaca buku atau mencari maklumat dari internet untuk tujuan begini. In satu kaedah rangsangan otak yang baik. Ada kala hasil dari hobi menjadi satu bisnes yang lumayan.

Ada beberapa permainan yang boleh merangsang minda seperti crossword puzzle; sudoku, chess dan lain.

Pergi melancong dan melawat negara luar dan pelajari sejarah, adat resam dan caragaya hidup bangsa asing. Alquran juga menggalakkan kita berjalan untuk pelajari kesan kaum2 yang ingkar.

Bagi saya menulis makalah dalam blog, website dan facebook sangat berkesan untuk merangsang minda. Saya perlu buat research, cari maklumat, membaca serta membuat catatan dalam buku nota sebelum saya hasilkan satu makalah seperti ini.

Memang kebiasaan saya membuat catatan dalam buku nota, dairi dan jurnal tentang ilmu pengetahuan baru, peristiwa dan pengalaman, hal pengurusan kewangan serta pentabiran niaga. Ini memudahkan perancangan sesuatu projek atau program baru di masa hadapan.

Pesanan saya kepada warga emas, harta yang tidak ternilai yang anda punyai ialah ilmu, pengalaman dan kemahiran serta hikmah atau wisdom. Jangan bazirkan, gunakan sepenuhnya, lantik diri anda sebagai penasihat atau perunding kepada mana-mana pertubuhan sosial atau perniagaan. Jangan terlalu mengira ganjaran kewangan, lebih penting ganjaran dari Allah S.W.T. Minda anda akan terus akif dan berfungsi dengan baik.

[Sumber: FB Dr Hamid Arshat]

No comments:

Post a Comment