Thursday, December 3, 2015

Utamakan Apa Yang Diucap

Kita sering tidak mempedulikan nilai-nilai baik seperti nasihat, teguran, petua, peringatan, panduan, pengalaman dan ilmu yang diberikan oleh orang biasa dan orang kecil sahaja. Padahal pada itu semua tentu ada hikmah yang tersurat dan tersirat yang boleh diambil manfaat bagi orang-orang yang berfikir. Kita akan rugi dan kehilangan banyak hikmah sekiranya nasihat, teguran, petua, peringatan, panduan, pengalaman dan ilmu hanya diambil dari orang-orang yang berpangkat, ternama dan segak sahaja, dan meremehkan jika ia datang dari mulut orang biasa dan orang kecil.
Mulai hari ini mari kita saling beringat. Luangkan sedikit masa untuk mendengar apa yang diucap, bukan siapa yang berucap. Dengarlah dari semua orang. Jangan membeza-bezakan manusia untuk kita dengar dan beri perhatian. Jangan kerana dia berpangkat, maka kata-katanya dianggap bernilai. Jangan kerana dia tidak ternama, maka kata-katanya dibuang begitu sahaja. Pasanglah pancaindera kita untuk mendengar, melihat, menghidu, merasa dan berfikir. Utamakanlah pada inti. Bukan pada kulit atau rupa. Utamakanlah apa yang diucap. Bukan siapa yang berucap.

No comments:

Post a Comment