Tuesday, December 22, 2015

ALHAMDULILLAH -SYUKUR

ALHAMDULILLAH kita punya upaya pernafasan. ALHAMDULIlLLAH kita tidak lahir dalam wilayah peperangan. ALHAMDULILLAH kita menempa kejayaan dalam bidang yang menjadi idaman. Kejayaan yang diraih selepas berpenat lelah punya nilai kemanisan yang berbeza daripada kejayaan serba mudah. Pun begitu kedua-duanya tetap bersumber dari Allah. Datangnya pada saat yang DIA TENTUKAN, bukan ketika yang kita mahukan.
Bagi setiap nikmat kejayaan yang dicapai, SYUKURILAH dengan ucapan ALHAMDULILLAH bagi memuji Yang Maha Esa.Ucapkanlah: "Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahi azim" disertai dengan SUJUD SYUKUR. Dalam sujud itu ucapkanlah: "Subhanaka Rabbana Wabihamdika, Allahummaghfirli (Maha Suci Engkau Ya Tuhan Kami dan dengan puji-pujian kepada Engkau. Ya Allah, ampunkan aku)".
Berterima kasih pada orang-orang yang membantu kita mencapainya. Itu juga merupakan satu tanda berterima kasih Kepada-Nya.Beristighfar jangan dilupa bagi membersihkan "rasa angkuh" yang dibimbangi akan timbul rentetan dari pencapaian itu.Inilah cara MERAIKAN KEJAYAAN ikut gaya Al Quran. In sya Allah kejayaan itu akan sentiasa berpanjangan.

No comments:

Post a Comment