Friday, December 4, 2015

Kaji Darah - Pengkaji Lafaz Syahadah

Dr. Fidelma O’Leary, seorang profesor NeuroScience di Universiti St. Edwards, Amerika Syarikat telah membuat kajian ke atas urat saraf. Terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah, sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Selepas diteliti, beliau mendapati darah tidak memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa waktu tertentu saja. Ini bererti darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Allah membuka tabir keajaiban sujud dalam gerakan solat, sehingga menyakinkan para pemeluk-Nya supaya melakukan hal-hal yang diserukan-Nya demi kebaikan hamba itu sendiri.Hal inilah yang menyebabkan Dr. Fidelma O’Leary memeluk Islam. Kerana amat yakin dengan perubatan secara Islam, beliau telah membuka sebuah klinik bertemakan ‘Perubatan Melalui Al-Quran'. Ubat-ubatannya berdasarkan apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, habbatussauda (black seed) dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment