Thursday, April 25, 2013

Jadikan Hidup Lebih Hidup




Kalau hidup sekadar hidup
Babi di hutan juga hidup
Kalau kerja sekadar kerja
Kera juga bekerja
--Hamka—-

Teramat dalam erti sindiran yang dilontarkan Allahyarham Hamka.  Ulama berkarisma, ilmuan, sasterawan Indonesia itu ingin mendorong kita menjadi manusia yang sebenarnya. Kalau hidup dan bekerja hanya sekadarnya, kita ini tidak jauh bezanya  dengan babi hutan atau kera.

Bukan pula Hamka ingin menyamakan manusia dengan binatang. Manusia adalah makhluk sempurna yang diciptakan dalam sebaik-baik bentuk.

Lalu, hidup dan kerja seperti apa yang patut kita jalani? Jawapannya - hidup yang menghidupkan, memberi prestasi  terbaik. Do with all our best!

Hidup tidak sepatutnya hanya memikirkan diri sendiri (ego), tetapi juga harus berfikir menghidupkan alam sekitar (geo). Hidup seperti inilah yang mendatangkan manfaat bagi lingkungannya iaitu manusia dan alam sekitar. Hidup yang mendatangkan banyak manfaat bakal meletakkan manusia kepada kedudukan yang mulia dan terpuji. Khairukum man tanfa’u linnas; sebaik-baik orang di antara kamu adalah orang yang banyak memberi manfaat buat umat manusia.

Kalau begitu, bagaimana dengan keadaan kita sekarang ini yang   status sosial pun berbeza-beza boleh membuatkan kita digolongkan ke dalam kumpulan sebaik-baik manusia tersebut? Tentu saja BOLEH. Caranya ialah dengan melaksanakan kerja yang halal itu dengan sebaik-baiknya. Berdisiplin tinggi, berintegriti, penuh kecerdasan. Bercermat dengan waktu dan tenaga. Tanamkan dalam di dalam diri semangat bahawa bekerja bukan sekadar bekerja untuk diri semata-mata, tetapi bekerja yang mendatangkan manfaat untuk ramai orang. Bermanfaat untuk agama, keluarga, masyarakat sekeliling, organisasi, negara dan bangsa.

Sesudah mampu bekerja dan hidup seperti itu, baru kita boleh tenang dari sindiran Hamka di atas.

Mari kita baiki kualiti diri dalam kehidupan dan pekerjaan  sehari-hari dengan kata-kata motivasi ini:
"Kalau selalu manjakan diri dengan  senang-lenang, diri bakal merana bila berdepan  dengan ujian. Kalau selalu keras pada diri dengan susah payah, diri bakal jadi pemenang bila berdepan dengan ujian."

(Terima kasih kepada Feri Susanto™)


Tuesday, April 23, 2013

Apakah Al Assad Syiria Sufyani


(via Petunjuk Zaman by Nursi on 3/26/12)

BANYAK kisah tentang kekejaman berlaku di Syria di bawah diktator Basyar al Assad tersebar dalam youtube dan juga tersiar di media.

Di antara yang mengejutkan dan tidak sanggup kita melihat ialah penghinaan ke atas seorang muslim yang dipaksa sujud di atas gambar Al Assad dan mengakunya sebagai tuhan sebelum dibunuh. Pembunuhan seperti itu berlaku setiap hari. Rasa seperti tidak percaya perkara tersebut berlaku di sebuah negara yang mengaku muslim.

Kejadian yang berlaku di Syria ini mengingatkan  tentang angkatan Sufyani yang akan muncul pada akhir zaman sebelum keluarnya Imam Mahdi seperti terdapat dalam beberapa riwayat;

أورد ابن الشجرى في الأمالى الشجرية عن أمير المؤمنين علي
 قال انظروا الفرج في ثلاث قلنا يا أمير المؤمنين وما هى قال اختلاف أهل الشام بينهم والرايات السود والقزعة في شهر رمضان فقيل وما القزعة قال أو ما سمعتم قول الله في القرآن : إن نَّشَأْ نُنَزِّلْ عَلَيْهِم مِّن السَّمَاء آيَةً فَظَلَّتْ أَعْنَاقُهُمْ لَهَا خَاضِعِينَ . آية تخرج الفتاة من خدرها وتوقظ النائم وتفزع اليقظان

Ali bin Abi Taleb (r.a.) said: " Wait for the end of misery once three things occur." We said: What are they, O' Prince of Believers? He said: "The dispute among the people of AshSham (Greater Syria), the Black Banners (battalions carrying black banners), and the Qaz'a in the month of Ramadan. It was asked: "What is the Qaz'a ? He said: "Haven't you heard what Allah said in the Quran (26:4): إن نَّشَأْ نُنَزِّلْ عَلَيْهِم مِّن السَّمَاء آيَةً فَظَلَّتْ أَعْنَاقُهُمْ لَهَا خَاضِعِينَ 'If We wish, We can send down to them from Heaven a sign, such that their necks remain surrendered to it (mesmerized in amazement).' This Aya (sign) that makes a girl come out of her bedroom, wakes up the person who is asleep, and frightens the one who is awake." (Ibn Al-Shajari's Al-Amali Al-Shajaria)

Muhammad al Baqir berkata, 'tetaplah di tempat kalian, jangan sesekali menggerakkan tangan dan kaki kalian sampai melihat tanda-tanda yang muncul pada satu tahun. Aku akan menyebutkannya pada kalian: Jika ada orang dari kota Damaskus menyerukan sesuatu, (iaitu) keluarnya janin dari perut ibunya sebelum waktunya, jatuhnya sekelompok orang dari tempat sujudnya, tahun itu adalah tahun perpecahan di tanah Arab. Adapun penduduk Syam saling berperang di bawah tiga kepemimpinan, iaitu al Ashab,al Abqo dan Sufyani.

Kaum al Ashab akan bersekutu dengan kaum Mundhir, dan Sufyani dibantu oleh para pamannya dari bani Kalb. Peperangan itu dimenangi oleh Sufyani dan sekutunya. Merekapun membunuh   Ashab dengan cara yang sangat kejam.

Cuba selidik dari manakah keturunan Al-assad ini? Sumber wikipedia menyatakan mereka dari aliran Alawi (golongan sesat yang terkeluar dari Islam) dan tergolong dari suku kaum Kalbiyya!