Tuesday, November 13, 2018

Ikan Atau Tuhan




Pada suatu petang, seorang pemuda telah bertanya kepada seorang pakcik menjual ikan..

"Pakcik percaya tak kalau saya katakan yang Ikan ini Tuhan?" 

Pakcik itu berkata, "Kamu ni gila ke apa? Menyekutukan Allah tu.." 

Pemuda itu hanya tersenyum..

5 minit kemudian Azan maghrib berkumandang.. Pemuda itu langsung berkata, "Pakcik, marilah sama-sama ke masjid untuk solat.." 

Jawab Pakcik, "Tak boleh, tak ada orang nak jaga ikan ni.." 

"Tadi pakcik kata ikan ni bukan Tuhan kan?" 

Pakcik itu menjawab "Ya, betul"

Pemuda itu bertanya lagi, "Siapa yang memberi rezeki? Ikan ni ke? Atau Allah?"

Pakcik tertunduk malu. Pemuda itu meninggalkan beliau untuk menunaikan solat maghrib.

Kita tidak menyekutukan Allah, tapi perbuatan itu yang menggambarkan apa yang terkandung dalam hati kita.

Dalam tak sedar, sebenarnya kita sering kali bertuhankan tuhan yang selain Allah. 

Bila kita sering menunda solat kerana kerja bukankah itu tandanya kita bertuhankan pekerjaan kita?

Bila kita sering menunda solat kerana harta, bukankah kita bertuhankan harta?

Bila kita sering menunda solat sebab malas bukankah kita bertuhankan diri sendiri?

Jika Allah itulah Tuhan pasti kita akan mengutamakan Allah dari segala-galanya yang ada di dalam hidup.

Ramai yang tahu ‘Allah itu Tuhan’ tetapi tidak ramai yang hidup ber‘tuhan’kan Allah.
Ramai yang tahu dia ‘hamba Allah’ tetapi tidak ramai yang mahu hidup meng‘hamba’kan diri kepada Allah.”

وَقَالَ اللَّهُ لَا تَتَّخِذُوا إِلَٰهَيْنِ اثْنَيْنِ ۖ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ

Allah berfirman: "Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut".
(Surah An-Nahl, Ayat 51)

“Carilah Allah Dahulu Dalam Hidup, 
Supaya Hidupmu Tidak Tercari-cari.”

Wallahua'lam..

[Perkongsian dari FB Moon AB]

No comments:

Post a Comment