Monday, October 1, 2018

Fakta Orang Bercinta Atau Menikah


Paling terindah bila Allah kirimkan kita seorang yang sangat mengambil berat dan sangat menyintai kita. 

Jangan merungut Allah tarik balik orang yang tak sepatutnya berada dalam hidup kita. 

BIARLAH jika kehilangan sesuatu KERANA ALLAH 

Jangan kita KEHILANGAN ALLAH hanya kerana SESUATU. 

Sebaik mana pun kita merancang, perancangan Allah lebih baik.

Ni nak cerita pasal FAKTA 0RANG BERCINTA atau MENIKAH 

    ~ AKU akan menjadi seperti_Mu, atau KAMU yang akan menjadi seperti_Ku.
    ~ Aku jadi keKamu"an, atau Kamu yang menjadi keAku"an.

     ✔ Jika orang yang baik berubah menjadi tidak baik, biasanya alasanyang diberi ialah kerana mereka tidak mahu MUNAFIK.

Hakikatnya mereka telah bertemu dengan pasangan yang salah / tidak baik, tidak tepat, yang mengutamakan NAFSU /  SEKS

Ada wanita yang berhijab kemudian jadi jarang berhijab / melepaskan hijab. Ketika di alam maya dulu, foto Profilnya santun tapi kini jadi ranggi.

    ✔ Kalau orang yang tidak baik kemudian menjadi baik, itu bererti mereka bertemu pasangan yang baik/tepat.

Kalau dulu dia jenis wanita yang suka bermekap tebal, kini sudah jadi lebih sederhana ataupun cuma tipis saja.

WAHAI KAUM HAWA, KITA YANG MANA YA?

No comments:

Post a Comment