Thursday, November 9, 2017

Kalam Makrifat



Hidup sebenar itu hidup tanpa makan, tanpa tidur, tanpa letih, tanpa lupa, tanpa rehat, tanpa sakit dan tanpa mati.. Tetapi diri jasad itu perlu rehat dan tidur kerana ia bersifat mati.
.
Diri jasad itu terhijab kerana tidak mengenal diri batin serta diri rohaninya yang bersemayam di dalam.
.
Tidak Allah bangkitkan seseorang itu di alam kematian melainkan dengan Asma "Ar-Rahmaan, Ar-Rahiim NYA..
.
Dalam hati, ada pintu,, dalam nafas, ada kuncinya..
.
Allah As-Samii'u keadaan Maha Mendengar sehingga ke denyut nadi ikan di laut, degup jantung cacing di tanah dan burung di udara. ..Allah  Maha Mendengar semuanya secara serentak..
.
Alam zahir, alam batin dan alam rohani adalah 3-dalam-1
.
Alam batin itu ghaib bagi alam zahir dan alam rohani itu lebih ghaib bagi alam bathin dan lebih ghaib lagi bagi alam zahir.
.
Sejak Kitab Ibrahim AS, menyatakan bahwa manusia itu diciptakan Allah kepada tiga diri dalam satu diri.. iaitu diri jasad(diri dunia).. diri bathin atau sukma-(diri barzah, syurga dan neraka) dan diri rohani(yang kembali keRahmatullah).
.
Yang zahir itu nyata jika di alam zahir.. yg batin itu nyata jika di alam batin tetapi tidak nyata bila cuba dicapai dari dunia zahir.
.
Bila seorang itu meninggal dunia, maka alam batin atau barzah itu menjadi nyata dan para malaikat yang selama hidupnya ghaib, kini dia saksikan nyata dan kini malaikat-malaikat itu berbual-bicara dengannya di alam kematian.
.
Tiap yang bernafas itu punya jantungnya.. semut di daratan, ikan di laut, Jin di udara dan puaka di dalam tanah juga punyai jantung masing-masing..
.
Di alam zahir, tiap sesuatu yang hidup dan bernafas itu dihidupkan Allah dari unsur air
.
Tidak ada batas bagi Kuasa Allah.. Dari unsur air itu pelbagai makhluk hidup dapat dibangkitkan Allah dari haiwan melata di padang pasir atau haiwan di dasar lautan hingga tumbuhan hidup akan perlukan unsur air untuk hidup.
.
Nyawa itu pada darah dan nyawa terikat kepada jasad oleh jantung.. bila jantung berhenti, nafas pun terhenti dan tubuh itu pun mati, tetapi intipati manusia itu sendiri masih hidup..
.
Bila jantung dan nafas itu terhenti, paru-paru terhenti, hubungan di antara roh dan jasad pun terputus.. rohnya dikeluarkan dan dipisahkan dari jasadnya yang kini bergelar jenazah..
.
Sebelum rohnya keluar, dia akan terpadam sebentar sebelum dia terkeluar dari jasad itu. 
.
Dia tidak dapat keluar tubuh dalam keadaan sedar, kerana bila di dalam keadaan sedar, dia akan berderia rasa.. deria rasa itu harus dimatikan sebelum roh dan jasad dapat terpisah..
.
Selain nafas, degup jantung dan kesedaran akal, "deria rasa" seseorang itu juga mengikat nyawa kepada tubuh jasad.
.
Dan bila dia dibangkitkan semula di Alam Barzah, dia akan dapati dirinya masih hidup dengan sendirinya tanpa jasadnya lagi.
.
Dari tiga tubuh, dia ia kini cuma tinggal dua tubuh sahaja.. iaitu tubuh batin dan tubuh rohani.. dan dia akan berada di alam Barzakh yang nyata sebelum dihantar pula oleh malaikat pengiring dan malaikat saksi ke syurga atau ke neraka.
.
Qorin syaitan itu di dalam sukma.. bukan sukma yang didalam qorin.. ..Bisikan jahat yang berdosa terbit dari syaitan qorin..
.
~~~~~~~
.
Dunia ini syurga palsu, Barzakh itu syurga palsu, syurga sebenar hanya Allah Maha Mengetahui..
.
Berhati dunia itu sama ertinya dengan berhati neraka.. kerana dunia ini ialah ujian terbesar dan merupakan hijab terbesar didalam makrifatullah.
.
Manusia berhati neraka itu akan berkata : 
 "Dunia ini paling indah.. mati cuma sekali, nikmatilah sepuas-puasnya"..
.
Mereka yang berhati akhirat itu pula akan berkata : 
 "Dunia ini hanya persinggahan yang menguji dan menipu.. sesungguhnya mati itu dua kali, maka zuhudlah terhadap dunia ini"..
.
(Al-Mu’min :11)
قَالُوا رَبَّنَا أَمَتَّنَا اثْنَتَيْنِ وَأَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ فَاعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا فَهَلْ إِلَىٰ خُرُوجٍ مِنْ سَبِيلٍ

11. Mereka menjawab: "Ya Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan (bagi kami) untuk keluar (dari neraka)?"
.
(Al-Mu’min :39)
يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ

39. Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal..
.
Asy-Syura :20
مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ

20. Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.
.
~~~~~~~
.
Laduni itu milik Khidir AS.. Yang berhati dunia akan rasa sukar menyelami ilmu Khidir AS..
.
Malaikat-malaikat itu menyampaikan wahyu Laduni di Hati.. tidak di telinga.
.
(Al-Mursalat:5) dan (malaikat-malaikat) yang menyampaikan wahyu,
.
(Al-An'aam :106) ..Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik
.
.
(Yunus : 2)
أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا أَنْ أَوْحَيْنَا إِلَىٰ رَجُلٍ مِنْهُمْ أَنْ أَنْذِرِ النَّاسَ

..Patutkah menjadi keheranan bagi manusia bahwa Kami mewahyukan kepada seorang laki-laki di antara mereka:
.
(Saad 38:87) ..Al-Quran ini tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam. 

Salam Kitab Ghaib ~ TAUHID Al-Haq..


[Dari FB Boim Pajajaran]

No comments:

Post a Comment