Wednesday, October 29, 2014

Positif vs Negatif

KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP:
1. Jangan benci sesiapa walaupun ada yang menyalahi hak. 2. Jangan sedih berlebih-lebihan walaupun masalah memuncak. 3. Hiduplah secara sederhana walaupun keadaan diri serba ada. 4. Buatlah kebaikan walaupun musibah bertimbun di hadapan. 5. Banyakkan memberi walaupun hidup susah. 6. Senyumlah walaupun hati sedang menangis. 7. Jangan putus berdoa untuk saudara mukmin.
Sesuatu yang benar akan dihancurkan kerana perselisihan dan perpecahan di dalam tubuhnya,dan suatu yang jelas bathil (salah) akan menjadi kuat dan menang ketika teratur dan bersatu. Pertolongan Allah berada kepada jemaah (persatuan). Yang menyendiri akan menjadi makanan syaitan, seperti serigala menerkam kambing yang bersendirian.Sifat sombong dan merasa lebih kuat daripada orang lain merupakan punca kekalahan pada diri manusia. Nafsu sentiasa ingin menang sendirani,merasa lebih benar daripada orang lain. Inilah kejahatan yang telah disusun oleh syaitan dalam menjerumuskan manusia ke lembah kesesatan.
Pencinta kecantikan, mudah kagum dengan segala yang cantik. Umpama lebah yang hinggap di bunga-bunga indah lalu mencipta madu yang bermanfaat. Pencinta Rasulullah s.a.w. sering mencontohi akhlak dan amalan baginda. Pencinta ilmu, mudah mesra dan kagum dengan ilmuan. Pendendam sentiasa melihat manusia dengan perasaan hasad dan mencontohi orang yang sealiran dengannya. Si Prejudis jiwanya penuh sangka buruk, mencaci maki sana-sini itu-ini. Jangan ikut rasmi lalat yang suka benda-benda busuk dan najis. Perangai bersalut "najis" membiakkan penyakit hati dan melumpuhkan alam. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment