Friday, October 25, 2013

Mandi Sebelum Subuh

serenemaklong.blogspot.com
Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi daripada waktu lain. Gas ozon ini penting untuk tubuh. Jika mandi sebelum waktu subuh, ia membersihkan juga memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh. Antara manfaatnya ialah: 1. Manfaat pada kulit. Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit menjadi lebih lembut dan halus. 2. Melancarkan peredaran darah. Peredaran darah yang lancar akan membuat tubuh lebih sihat dan bertenaga dan dapat melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih. 3. Meningkatkan kesuburan. Tubuh mendapat reaksi positif apabila mandi pada waktu pagi, juga meningkatkan hormon testosteron lelaki dan hormon estrogen wanita. 4. Mengurangkan risiko darah tinggi. Mandi sebelum subuh mengurangkan risiko darah tinggi, dengan izin ALLAH, jika diamalkan selalu. 5. Mengurangkan tekanan serta tenang. Air sejuk melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Bagi yang mengalami kemurungan, ini cara terbaik untuk menghilangkannya. 6. Meningkatkan sel darah putih. Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh. Dengan ini, daya tahan penyakit boleh melawan virus. In sya Allah tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment