Wednesday, February 13, 2013

Cara Curi Kereta


serenemaklong.blogspot.com




INI cara terbaru mencuri kereta! Pemandu kereta berjalan menghampiri tempat parkir, membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya. Enjin kereta dihidupkan dan bersedia untuk berundur.

Bila pemandu melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, didapati ada kertas yang melekat di tengah-tengahnya sehingga menghalang pandangan. Pemandu parkir semula kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan tadi.

Bila pemandu sampai di bahagian belakang kereta, ketika itu juga pencuri keluar dari tempat persembunyian, masuk ke dalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh pemandu semasa melarikan kereta itu.

Jika mangsa itu pemandu wanita, tentu beg tangannya masih ada dalam kereta. Oleh itu pencuri bukan sahaja mendapat kereta, malah alamat rumah, duit dan segala macam kunci. Rumah dan kesemua identiti pemandu ada di tangannya. Semua ini boleh diguna untuk tujuan jahat!

Pada tahun lalu seorang wanita yang tinggal di kawasan perumahan mewah di Bangsar telah kehilangan banyak benda berharga apabila rumahnya dipecah masuk oleh penceroboh yang telah melarikan kereta dan beg tangannya. Dek kerana kelamkabut, wanita tersebut terlupa untuk menukar semua kunci pintu di rumahnya.

Oleh itu, berhati-hatilah. Jika melihat ada kertas yang melekat pada cermin belakang, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. 

Marilah kita saling ingat mengingati supaya tidak menjadi mangsa penyangak ini. 
           

No comments:

Post a Comment