Monday, December 19, 2011

Hedonisme dan Hiburan


serenemaklong.blogspot.com



HEDONISME adalah perkataan Yunani ini bererti “kesenangan” yang muncul sekitar 433 Sebelum Masihi dan memperjuangkan fahaman bahawa matlamat hidup manusia adalah kesenangan dan hiburan. 

Hedonisme mempromosi gaya hidup tanpa batas tata susila budaya dan agama,  memperkenal dan mempopularkan pergaulan bebas, seks luar nikah, hiburan melampau dan banyak lagi.  


Gejala neokolonialisme ini disasarkan kepada generasi muda yang mengagumi budaya popular. Perkara yang melampaui batas susila dan agama mereka anggap “biasa” sahaja. 



Sebahagian besar pengamal hiburan di negara ini tidak dapat membezakan antara seni dan hedonisme. Mereka menganggap semua yang dilakukan dalam dunia hiburan itu sebagai seni, hakikatnya ia lebih menjurus kepada fahaman hedonisme. “Budaya” kehidupan orang seni yang mereka sanjungi itu sebenarnya adalah perosak seni. 

Berbeza dengan hedonisme, seni menyuburkan pemikiran tinggi, hidup penuh dengan tata susila dan agama. Dalam seni tidak ada kelonggaran untuk melanggar batas budaya dan agama. 

Dalam hedonisme, pengarah filem boleh mewajarkan adegan ranjang semata-mata untuk menyampaikan saranan “kebaikan”. Sebab itulah di negara kita pengarah yang gemar membuat adegan ranjang bukan sahaja tidak pernah ditegur malah dipuji kerana tinggi “seni“nya. Pelakon yang sanggup melakukan adegan itu pula disanjung kerana “keberkesanan” lakonannya. Tidak ada yang mempersoalkan pelakon atau pengarah tersebut mengapa mereka mementingkan hedonisme tetapi mengenepikan batas susila dan agama. 



Kerana itu dunia hiburan tempatan mesti dibentuk semula. Istilah “seni” tidak boleh diperalatkan untuk memangkin hedonisme. Bagaimanapun, ada penggiat hiburan tempatan menganggap itu tidak masuk akal, sebab akal mereka telah tepu dengan hedonisme 

Tahukah mereka bahawa Barat telah lama sedar bahawa hedonisme meruntuhkan peradaban manusia? Kini mereka kembali kepada kepada kehidupan berbudaya melalui penghayatan seni. 

Di sebalik kisah gila-gila Lady Gaga, Barat mengungguli sastera, lukisan, teater dan muzik. Namun di sebalik gila-gila dunia hiburan tempatan, suatu apa pun tidak ada. Alhamdulillah dengan kehadiran TV AlHijrah yang memperkenalkan satu kod etika dalam hiburan.  


Sebenarnya ramai tidak sedar bahawa hiburan hedonisme adalah mainan zionis untuk merosakkan akhlak dan pemikiran remaja dunia. Hal ini disebutkan dalam Protokol Ke-13 sebagaimana yang diputuskan dalam Persidangan Zionis Kedua di Basle, Switzerland pada 1897. Hiburan itu termasuk semua jenis permainan, nyanyian, tarian, program realiti TV dan Internet. 


Hal ini disebutkan dalam Protokol Ke-13 dalam Persidangan Zionis Kedua di Basle, Switzerland pada 1897. Ini dihuraikan oleh mereka seperti berikut: 

Kita mesti bekerja keras bagi meruntuhkan akhlak dan moral manusia daripada segala segi dan lapangan supaya dengan itu mudahlah kita menguasai mereka.Sesungguhnya Freud itu orang kita, dan dia akan terus mempromosi teori hubungan seks di bawah cahaya matahari supaya kaum muda menganggapnya sebagai sesuatu yang suci (betul), untuk mengenyangkan naluri seks, dan ketika itu runtuhlah akhlak mereka.

Dibandingkan dengan jumlah penduduk dunia, bilangan mereka memang kecil namun dengan keazaman dan kuasa ekonomi mereka yang besar, perkara yang mereka hajatkan itu mudah dicapai. Kini mereka sedang berusaha mempromosikan keluarga ‘jantan-jantan’ dan ’betina-betina’ (keluarga homoseksual dan lesbian). 


Menurut kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah psikologi, Hanan Dover di Sydney, 30 peratus (82 orang) daripada responden Muslim mengatakan homoseksual tidak haram. Apabila beliau mengkritik budaya songsang ini secara terbuka pada 2001 dengan menyelar rancangan-rancangan TV seperti Big Brother dan Sex and the City, beliau telah digam selepas memberi ucapan tersebut.  


Institusi keluarga penting dalam membina ummah. Umum juga tahu pendidikan akhlak individu bermula dari rumah. Namun apabila ahli keluarga itu sendiri sudah rosak akhlak lantaran hedonisme, perpaduan ummah turut berkecai. 


Pada pandangan zionis, semua bangsa dan agama yang ada di dunia ini adalah musuh. Hanya mereka sahaja kaum yang terpilih untuk memerintah dunia. Kuasa ini mesti diraih dengan apa cara jua. Adakah itu yang penduduk dunia inginkan?    


(Rujukan: Tulisan Ku Seman Ku Hussain dalam Utusan Malaysia; Online Dengan Tuhan oleh Zulkifli Khair)

No comments:

Post a Comment