Thursday, December 8, 2011

Gua Batu Kapur Kampung Sempeneh Cempaka


serenemaklong.blogspot.com


 

KAMPUNG Sempeneh Cempaka terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Taiping, Perak. Kedudukannya di kaki Gunung Kurau menjadikannya destinasi terakhir yang perlu dilalui oleh pengunjung yang ingin mendaki Gunung Kurau. 

Salah satu keunikan Kampung Sempeneh Cempaka ialah terdapat sebuah gua batu kapur yang masih terpelihara dari sebarang aktiviti-aktiviti pembangunan.


Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sini, pengunjung dapat melihat keindahan stalaktit dan juga stalagmit yang masih terpelihara di dalam gua batu kapur yang mengunjur di sepanjang jalan masuk ke Kampung Sempeneh Cempaka.


Terdapat juga beberapa buah kedai makan yang didirikan betul-betul di bawah gua batu kapur. Bagi mereka yang mengidamkan suasana kampung yang nyaman serta bebas dari hiruk pikuk kota, Kampung Sempeneh Cempaka merupakan salah satu kampung yang sesuai untuk dikunjungi.

Kampung Sempeneh Cempaka berkeluasan kira-kira 364 hektar dan terletak di Daerah Larut dan Matang di Mukim Batu Kurau. Kira-kira 200 hektar tanah kampung digunakan untuk aktiviti pertanian seperti sawah padi, kebun getah, kebun sawit dan juga dusun buah-buahan.


No comments:

Post a Comment