Thursday, December 22, 2016
Dua Saku Yang Berbeza
ALKISAH
Si Fulan hidup dengan bahagia dan tenang. Dia memiliki seluar yang mempunyai dua saku. Salah satu saku seluarnya mempunyai lubang di sebelah bawah, manakala saku yang satu lagi baik keadaannya.
Setiap kali dia mendengar sesuatu yang menyakitkan hati ditulisnya pada sekeping kertas, digulung kecil, kemudian dimasukkannya ke dalam saku yang berlubang.
Setiap kali dia mendengar hal yang baik, benar, dan bermanfaat, ditulisya pada kertas, kemudian dimasukkannya ke dalam saku yang tiada lubang.
Pada malam hari, dia mengeluarkan semua yang ada di dalam saku yang tidak berlubang, membacanya berulangkali dan menikmati hal-hal indah yang diperolehnya sepanjang hari itu.
Kemudian ia mengeluarkan apa yang ada dalam saku yang berlubang. Tentu dia tidak menemui apa pun.
Lalu dia ketawa dan rasa gembira kerana tidak ada apa-apa yang dapat merosakkan ketenangannya.
Ibrah:
Itulah yang patut kita lakukan dalam hidup yang kita jalani ini. Menyimpan semua yang baik di “saku yang tidak berlubang”, sehingga tidak satupun yang baik akan hilang dari hidup kita.
Sebaliknya, simpanlah semua hal buruk di “saku yang berlubang”, supaya hal yang buruk itu hilang dan tidak dingat lagi. Jika dibiarkan jiwa akan menjadi tertekan.
Semoga bermanfaat
CARA MOHON MAAF KEPADA ORANG YANG TELAH MRENINGGAL:
Dosa kepada Allah S.W.T. kita boleh bertaubat nasuha dan berazam tidak mengulangi lagi dosa-dosa tersebut. Tetapi dosa sesama manusia jika kita tak bertemu dengannya untuk meminta maaf maka terdapat beberapa cara----
1. Dalam doa kita mohon begini---- "Ya Allah , ya Rabbi , aku mohon ampun ke atas dosa-dosa yang aku lakukan dengan sengaja atau dengan tidak sengaja, dan ya Allah aku mohon Engkau ampunkan dosa semua mereka yang mana aku telah melakukan dosa kepada mereka. Aku tidak dapat berjumpa mereka untuk memohon ampun, maka ampunkan semua dosa-dosa mereka supaya mereka tidak menuntut kepadaku di akhirat nanti. Kasihanilah mereka dan masukkanlah mereka semuanya ke dalam syurga-Mu."
2. Satu lagi cara yang boleh kita lakukan ialah, bila ada masa, kita sedekahkan bacaan al-Quran untuk mereka yang kita lakukan dosa dan boleh sekali sekala kita sedekah di masjid atau rumah anak yatim atas nama mereka yang kita lakukan dosa. Contoh : "Wang RM 10 ini aku sedekahkan di rumah anak yatim ini khusus untuk semua mereka yang aku telah lakukan dosa semuga mereka semua memaafkan dosa-dosaku"
[sumber: "tanyalahustaz58.blogspot.my"]
Hakikat Syiah
Kenapa Syiah mengagungkan Husain bin Ali bin Abi Talib hingga ke tahap menyembahnya tetapi tidak kepada anak-anak lelaki Ali bin Abi Talib yang lain? Adakah anda tahu HAKIKAT mengenai perkara ini? Sedangkan anak-anak lelaki Ali bin Abi Talib ialah:
1- al-Hasan bin Ali bin Abi Talib
2- al-Husain bin Ali bin Abi Talib
3- al-Muhsin bin Ali bin Abi Talib
4- al-Abbas bin Ali bin Abi Talib
5- Hilal bin Ali bin Abi Talib
6- Abdullah bin Ali bin Abi Talib
7- Jaafar bin Ali bin Abi Talib
8- Uthman bin Ali bin Abi Talib
9- Ubaidullah bin Ali bin Abi Talib
10- Abu Bakar bin Ali bin Abi Talib
11- Umar bin Ali bin Abi Talib
Adakah anda pernah melihat bendera Syiah bertuliskan Ya Hasan! Ya Muhsin! Ya Abbas! sudah pasti tidak... Kenapa mereka tidak mengangkat Hasan abang kepada Husain dari ibu yang sama iaitu Fatimah al-Zahra dan ayahnya adalah Ali bin Abi Talib dan kedua mereka juga adalah ahli Bait? Adakah anda tahu bahawa kesemua Imam 12 di sisi Syiah Rafidhah ini adalah dari keturunan Husain sahaja, bukan dari keturunan Hasan...
PUNCANYA:
Husain telah mengahwini anak perempuan kepada Kisra Parsi iaitu Yazdujird (Yazdegerd III) bernama Syahiznah (Syaharbanu) selepas keruntuhan kerajaan Parsi. Syaharbanu ini telah dihadiahkan oleh Umar bin al-Khattab kepada Husain bin Ali dan dari sebab inilah kaum Syiah mengagungkan Husain dan para imam dari keturunan Parsi sahaja dan bukannya sebagaimana yang mereka dakwa mencintai ahli Bait Nabi s.a.w.
HAKIKATNYA:
Kaum Syiah ini hanya mencintai ahli Bait Kisra Parsi yang merupakan datuk kepada 12 imam tersebut dan bukannya datuk Husain bin Ali iaitu Rasulullah s.a.w.
Imam Ibn Katsir menyatakan dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah mengenai peristiwa tahun 61 hijrah: "Berkata Ibn Khalikan: "(Syahrabanu) Umm Salamah binti Yazdujird merupakan (dari keturunan) kisra Parsi yang terakhir. al-Zamakhsyari pula menceritakan dalam Rabi' al-Abrar bahawa Yazdujird ini memiliki 3 orang puteri yang ditawan pada zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab, salah seorangnya dikahwini oleh Abdullah bin Umar dan melahirkan Salim, seorang lagi dikahwini oleh Muhammad bin Abu Bakar dan melahirkan al-Qasim dan yang terakhir dikahwini oleh Husain bin Ali dan ia melahirkan Ali Zainal Abidin..."
Menurut al-Mas'udi pula, Yazdujird mempunyai dua orang putera dan tiga orang puteri yang bernama Adrag, Shahar Banu dan Mardawand.
Syiah kesemuanya beranggapan bahawa para imam 12 mereka ini perlu diagungkan hingga ke tahap maksum dan suci daripada sebarang dosa disebabkan mereka dari keturunan yang berdarah Kisra Parsi.
Jadi ketahuilah bahawa Syiah ini mensyryikkan Allah, menuduh Nabi Muhammad s.a.w dengan fitnah terhadap Aisyah sebagai wanita jahat, menyelewengkan al-Quran, mentakfirkan para sahabat, mengkhianati kaum muslimin, membantu musuh-musuh Islam dalam menjahanamkan Islam.
Jika anda beranggapan Syiah itu muslim, maka apa yang mereka sumbangkan untuk Islam?
[Sumber- Om Tameem. Dr. Azza Mohamed. Alih bahasa - Fikri Alamghiri....10 Muharram 1438H]
(Jazzakallahu khair Mohd Arimie Muhammad)
Subscribe to:
Posts (Atom)


