Sunday, October 2, 2016
Hijrah Dan Jihad Menuju Allah
Dunia ini sebuah medan ujian untuk manusia menempa kebahagiaan hakiki lagi abadi di Akhirat.Terkadang ujian itu terasa amat sakit dan berat. Namun bertahanlah sebagaimana tiram menahan kesakitan apabila butiran pasir termasuk ke dalam cangkerang. Hasil kesabaran menyebabkan pasir itu berubah menjadi mutiara yang indah.
Buangkan jauh-jauh rasa putus asa dan putus harap. Berputus asa boleh menyebabkan manusia MATI SEBELUM MATI dan mati berkali-kali sebelum datang kematian sebenar.
Hidup setiap manusia tidak sama. Usah bandingkan diri dengan orang lain supaya kita tidak ditimpa penyakit rendah diri dan rendah hati.
BERHIJRAH KE ARAH ALLAH. Di sana ada penghargaan yang menjadi fitrah. Jika mendapat sokongan dari manusia di sekeliling, ALHAMDULILLAH. Jika tidak, usah resah. Allah tetap sayang dan akan membantu.
JIHAD HIJRAH ADA PADA USAHA DAN DOA YANG ISTIQAMAH. Persis tiram dan butiran pasir yang berubah.
Di Hatinya Ada Allah
Bila kita jaga hak Allah, insyaAllah, Allah akan menjaga hak kita, mengasihi kita dan membantu kita. Yakinlah pada Allah. Kisah ini dikongsi dari FB Mohd Firdaus Razak.
Salam. Saya dalam perjalanan pulang ke kampung. Saya ternampak this old man tolak basikal atas highway. Saya pergi dekat dia. Saya sampai saja dia cakap "Assalamualaikum, apa khabar iman." Dia tak pandai berbahasa Melayu. Dia tunjukkan saya peta, dia nak ke KLIA sebab dia akan terbang balik ke Turki selepas selesai keliling Malaysia dengan basikal buruknya. Bila saya tanya, "Tiket mana?" Dia kata, "Allah will give later."
Lepas tu saya tengok peta dia.Rupanya dia dah kayuh basikal dari Kota Bharu melalui Pantai Timur sehingga Johor Bharu. Dari Johor Bharu beliau akan berkayuh ke KLIA. Masa saya jumpa dia di Ayer keroh, Melaka. Bayangkan dia dh mengayuh hampir 200km pagi tu tapi dia sangat wangi dan tak berbau peluh.
Bila saya kata nak tolong bawak ke KLIA, dia cakap, "Don't.. Allah will help me." Saya hulur duit pun dia kata, "Allah will give me money." Dia tunjuk bukti dalam dompet dia memang tak ada duit langsung. Pasport saja yang dia ada. Dalam beg dia ada Al Quran, kitab-kitab lama dan peralatan solat.
Yang paling aku sedih, dia kata dia dah pusing bnyak negara Islam tapi Malaysia is the lowest Islam. KEBERGANTUNGAN DIA PADA ALLAH SANGAT KUAT SAMPAI DIA MAMPU MENJELAJAH KE MANA-MANA TANPA DUIT. Tapi mana dia nak dapat tiket flight. Bila saya nak tolong, dia tak nak.
Saya cakap saya nak teruskan perjalanan. Then dia angkat tangan berdoa untuk saya.Saya tak faham apa yang didoakan. Sepanjang perbualan kami, mulut dia tak pernah berhenti dari mengaji sambil menasihati saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)