Sunday, April 26, 2015

Kelebihan Puasa Isnin Khamis

BERPUASA kini semakin terbukti secara ilmiah kebaikannya di segi kesihatan. Bahkan para peneliti menyarankan berpuasa dua hari dalam satu minggu sangat bermanfaat untuk kesihatan hormon dan perubahan metabolisme. Puasa yang dimaksudkan di sini adalah mengambil makanan hanya sekitar 500-800 kalori. Bandingkan dengan pengambilan harian sekitar 2,000 kalori untuk wanita dan 2,500 kalori untuk lelaki. Pengambilan rendah itu mampu menurunkan tahap pertumbuhan hormon yang berkaitan dengan kanser, diabetes, mengurangi kolesterol buruk LDL dan lemak dalam darah serta tahap keradangan. Radikal bebas juga menurun. Berpuasa dapat melindungi otak, justeru risiko penyakit degeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson pun mampu dikurangkan. Ini dinyatakan sendiri oleh Profesor Mark Mattson, ketua jabatan saraf National Institute on Ageing, Amerika Syarikat. Kesannya sama dengan kesan bersenam. Kesimpulan itu diperoleh dari hasil penelitian terhadap sekumpulan wanita obesiti yang menjalani diet 1, 500 kalori manakala kumpulan lain hanya 500 kalori selama dua hari. Ternyata, hasilnya menggembirakan. Kedua kumpulan memang mengalami penurunanb erat badan. Namun, kumpulan yang berpuasa (pengambilan 500 kalori) ternyata mengalami kemajuan yang lebih pesat. Menurut peneliti, mereka mengalami peningkatan sensitiviti insulin. Ini bererti mereka mempunyai tahap gula darah yang lebih baik.

Khasiat Pandan

Ini antara pokok WAJIB tanam dirumah, boleh tanam di tanah, dipasu, senang Jaga dan sukakan air. Ia berguna untuk menurunkan darah tinggi.Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya. Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat. Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging. Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi. Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang. Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk menghilangkan bau hapak dan sebagai penghalau lipas semulajadi.Ia mampu bertahan selama 2 minggu. Juga digunakan untuk menghilangkan bau buah durian dalam kereta. Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman. Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.Daun pandan wangi yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ketupat atau membakar ayam. Mampu mewangikan pengat,nasi lemak, nasi putih, sirap dan berbagai jenis bubur.Ia boleh digunakan sebagai pewangi bedak sejuk dan pewangi asli bunga rampai.