Tuesday, June 12, 2012

Wanita Cantik Di Mata Lelaki


serenemaklong.blogspot.com




“PEREMPUAN tu taklah secantik mana, tapi partner dia handsome!"

Berapa kalikah kata-kata seperti itu terlontar dari mulut? Ungkapan rasa hairan seolah-olah tidak percaya lelaki idaman ramai wanita itu ternyata hanya tertarik pada yang "biasa-biasa" saja.

Jangan silap. Wajah cantik dan tubuh indah memang boleh memikat lelaki dalam waktu yang sementara, namun saat mencari pasangan hidup, percayalah, penampilan sahaja tidak cukup. Ada hal-hal lain yang lebih diutamakan oleh lelaki. Contohnya:

Selera humor
Lelaki suka wanita yang boleh membuatnya tertawa. Wanita begini biasanya lebih santai dan tidak mudah tersinggung.

Pintar, tetapi tidak terlalu pintar
Lelaki sukakan wanita yang cerdas, berwawasan luas, dan banyak tahu. Tetapi hati-hati, jangan sampai membuatnya merasa bodoh. Ini bukan bererti kita harus pura-pura bodoh di hadapannya. Cukup dengan memberikan kesempatan baginya untuk "mempamerkan" pengetahuan dan kecerdasannya. Misalnya, biarpun kita banyak tahu tentang hal-hal agama dan politik, tetapi ketika dia bercerita tentang internet dan komputer yang jadi bidang kepakarannya, dengarkanlah dengan hormat dan pujilah dia atas kecerdasannya di bidang itu.

Senang diajak berbual
Seringkali minat lelaki dan wanita berbeza. Si lelaki tertarik pada topik A, B, C, si wanita pula tertarik pada topik X, Y, Z. Masalah ini boleh diatasi jika bersama-sama mencari topik yang saling disenangi.

Tetapi masalah boleh timbul jika wanita itu jenis yang berat mulut. Walaupun sebenarnya mereka menyukai hal yang sama, namun si wanita terlalu takut untuk memulakan perbualan. Sebaiknya sifat ini dihindari. Jangan takut bertanya, memberi pendapat, dan memulai percakapan.  

Yakin pada diri dan boleh menguasai keadaan
Memang lelaki dilahirkan untuk menjadi pemimpin dan ingin menguasai  segala sesuatu. Namun tidak bererti mereka inginkan wanita yang hanya boleh jadi pak turut sahaja, bagai kerbau dicocok hidung. Lelaki mengagumi wanita yang tahu apa yang diingininya, dan boleh berkata, “tidak” dalam hal-hal tertentu. Sesungguhnya lelaki pun boleh letih dengan wanita yang hanya menyerah bulat-bulat  kepadanya dalam membuat semua keputusan tanpa turut menyumbang saranan.


Perasaan Keibuan
Lelaki sukakan wanita yang bersifat keibuan supaya dapat mendidik anak-anak dengan sempurna. Kebolehan menjaga orang-orang yang dekat dengannya menunjukkan dia mampu menjadi isteri dan ibu yang baik.

Bergaya tetapi tidak berlebihan
Lelaki sukakan wanita yang menjaga penampilan. Tidak perlu wajah dan tubuh bak supermodel, cukup dengan gaya sopan. Pun begitu elakkan gaya yang ekstrem sehingga menjadi pusat perhatian orang.

Tidak suka mengeluh
Di Twitter, mengeluh tentang kerja. Di BlackBerry Messenger, mengeluh tentang kawan yang menyakitkan hati. Di Facebook pun menjadi tempat luahan keluhan. Sebenarnya mengeluh itu memang sifat manusiawi, tetapi jika yang keluar dari mulut hanyalah hal-hal negatif, pasangan dan kawan-kawan pun naik bosan. Ingatlah, keluhan itu boleh merosak mood orang lain yang sedang bahagia.

Dekat Dengan Agama
Meskipun lelaki itu sendiri tidaklah sewarak mana, dia merasa tenang jika wanitanya seorang yang beriman – berpakaian menutup aurat, rajin solat 5 waktu, aktif dalam kegiatan dakwah, dekat dengan hal-hal agama dalam kehidupan seharian dan tidak melanggar perintah Allah.

Apa yang dipaparkan di sini adalah sebahagian daripada sifat-sifat mahmudah yang patut dipupuk, bukan sahaja oleh wanita tetapi juga lelaki. Apa yang penting, kita berusaha mencari keredhaan Ilahi. Yakinlah kita akan berjaya. InsyaAllah! 

Monday, June 11, 2012

Biasa Tetapi Berpahala


serenemaklong.blogspot.com



ANAK-ANAK muda daripada golongan Gen Y (dilahirkan pada 1980an) sering menterjemahkan perasaan masing-masing dengan ucapan atau kata-kata tertentu.

Ada juga juga di kalangan Gen X (dilahirkan pada 1970an) atau baby boomers (dilahirkan di antara 1950an dan lewat 1960an) yang turut terbawa-bawa dengan cara pengucapan mereka. 

Sayangnya, kadangkala kata-kata itu boleh mengundang kemurkaan Allah SWT dan juga kemarahan orang keliling. Oleh itu elok rasanya kita ubah kebiasaan itu dengan kata-kata yang boleh membawa pahala.

Yang biasa diucapkan
Yang sebaiknya diucapkan
Gempak giler
Subhanallah
Oh my god
Ya Allah
Terbaek
Alhamdulillah
OK, orait
InsyaAllah
Cilakak
MasyaAllah
Elemak…lupalah pulak
Allahumassolli`ala Muhammad
Ah…pening
Astaghfirullah
Eee…teruknya
Na’uzubillah
Opocot
AllahuAkbar
Hek eleh
La Ilaha Illallah

Inilah zikir dan selawat yang akan mendekatkan kita kepadaNya.