Sunday, November 13, 2011

Pemindahan Lemak Badan


serenemaklong.blogspot.com

UMUM menganggap lemak sebagai pembawa segala macam masalah, terutama bagi kaum Hawa.

Namun, menurut Dr Hakim Hamzah dari klinik estetik Ayu Jelita, Ampang, sebahagian lemak boleh diproses dan mempunyai manfaat yang besar bagi wanita. Kaedah yang dinamakan pemindahan lemak (fat transfer) kini menjadi rutin kecantikan terkini, popular dan dipercayai ramai.

Secara umumnya, pemindahan lemak adalah satu prosedur di mana lemak di sesuatu bahagian badan, dipindahkan ke satu bahagian badan lain. Contoh, lemak di peha atau punggung diambil, diproses dan kemudian disuntik ke bahagian muka. Proses ringkas ini hanya mengambil masa 20 hingga 30 minit sahaja.

Kalau dahulu fungsinya ialah untuk pembedahan kosmetik, kini ia digunakan bagi tujuan kesihatan, termasuk pembinaan semua payu dara bagi wanita yang berhadapan dengan kanser payu dara. 

Bagaimanapun, tiak semua lemak dalam badan boleh dipindahkan kerana kualitinya yang berbeza-beza. Lemak di bahagian peha dan punggung adalah terbaik berbanding lemak dari bahagian perut.

Fungsi lemak amat penting dalam membentuk kecantikan dan keanjalan kulit di bahagian tertentu badan manusia. Pada usia remaja hingga 27 tahun, taburan lemak dalam badan  berada di lokasi strategik yang yang mengindahkan tubuh seseorang seperti di payu dara, punggung, pipi dan dagu. Inilah zaman keemasan bagi setiap manusia.

Keadaan berubah bila melangkah 29 tahun ke atas. Proses kematangan usia, graviti, tekanan mental dan fizikal akibat bersalin bagi wanita dan kerja seharian, menjadikan keindahan itu merosot sedikit demi sedikit.

Otot-otot menjadi semakin aktif, manakala lemak di tempat strategik terhapus hari demi hari. Proses semula jadi ini mengakibatkan kulit menjadi kendur, timbul lekuk-lekuk pada permukaan wajah selain pigmentasi yang semakin jelas.

Di sinilah teknologi memainkan peranan. Prosedur pemindahan lemak mampu mengembalikan kecantikan seseorang wanita apabila ruang kosong di wajah itu diisi semula.

Kaedah pemindahan lemak lebih selamat berbanding botox atau filler. Ia juga tidak menjejaskan ujian kanser kerana hanya menggunakan produk daripada badan individu itu sendiri. Ini bererti penolakan jarang berlaku kerana ia serasi dari segi biologikal.

Sel lemak tidak pernah menjadi barah yang berbisa di dalam badan dan boleh dipindahkan ke mana-mana bahagian terutama di muka, bibir dan payu dara bagi proses pemuliharaan. Kaedah ini adalah kos efektif. Ia tidak membuat pelanggan berasa membazir berbanding prosedur yang lain.

Prosedur ini tidak mengubah wajah asal seseorang. Jika Botox atau Filler boleh membuatkan dagu atau hidung berubah bentuk menjadi lebih mancung, prosedur ini sebaliknya memberikan kesan keaslian kepada pemiliknya. Ia mengembalikan semua sel baru (stem cell) yang telah hilang. Apabila sel baru diaplikasi, wajah kelihatan lebih muda berbanding sebelumya.

Ini berlaku apabila lemak-lemak yang hilang diisi semula ke bahagian sepatutnya.

Teknik pemindahan lemak berkesan melalui 4 cara:

Pengisian – Mengisi ruang-ruang lekuk yang ketara pada kulit wajah.
Penghilang parut – Menghilangkan bekas parut jerawat atau parut akibat cedera.
Melunturkan – Segala pigmentasi pada wajah akan berkurang dan menipis
Tambah seri – Memberikan kesan bersinar, gebu dan sekata pada keseluruhan kulit wajah kerana tindakan membaikpulih saluran darah baru di bawah kulit.

Langkah Demi Langkah
  • Sebelum prosedur, muka dibersihkan.
  • Bahagian yang perlu diisi ditandakan supaya lemak dipindah ke tempat yang sepatutnya.
  • Suntikan pelali hanya dibuat pada bahagian yang akan diberi penambahan lemak.
  • Proses `tekanan’ dilakukan pada bahagian punggung untuk mendapatkan lemak.
  • Lemak yang bercampur dengan ubat pelali diasingkan.
  • Selepas disaring, lemak terpilih diisi ke bahagian yang sepatutnya
  • Kesan kemerahan-merahan dan gebu gterus kelihatan selepas prosedur.

Trivia
  • Hanya mereka berusia 18 tahun ke atas dibenarkan menjalani prosedur pemindahan lemak.
  • Kesan yang kelihatan selepas prosedur hanya sedikit lebam kepada sesetengah orang.
  • Kurang 8 mililiter lemak diguna untuk sesuatu bahagian muka.
  • Masa rawatan hanya sekitar 20-30 minit dan kesan terus kelihatan selepas prosedur. Bagaimanapun kesan yang lebih ketara cantik akan benar-benar terlihat selepas beberapa minggu prosedur.

(Sumber: Dr Hakim Hamzah, Klinik Estetik Ayu Jelita, Ampang. 03-4257 1232 / 019-2779 9740)

Time To Move On


serenemaklong.blogspot.com

WHEN is it time to look for a new job? Whatever we do, we should not remain miserable.

Everyone has their ups and downs at work. Some weeks you are super-productive. Other weeks, not so much. But how do you know when it’s time to really make a move – updating your portfolio and beginning the official job search?

Here are five signs that should point you in the right direction:

You dread getting out of bed
Do you repeatedly hit the snooze button? Do you have an overwhelming desire to remain buried under the covers, far from demands, deadlines and clamouring co-workers? One of the biggest red flags of job dissatisfaction is an unwillingness to face the day – not just some mornings, but every morning. What is your body trying to tell you?

You work relationships and performance suffer
Remember when group projects were productive, water-cooler chat was a pleasant repose and happy hour truly was happy? If lately you find yourself avoiding certain people and tasks, slacking on your reviews  or dreading the annual company picnic, chances are you’ve lost the loving feeling for your job.

You become “someone else”
If you feel like you can’t be yourself at work and have become a “pretender”, don’t shrug it off and don’t blame yourself. Every company’s culture is different. Yours may not be aligned with who you are as a person. Be aware that there are professional people out there who embrace the same goals and values as you do. It may be time to seek them out.

Your job doesn’t make use of your talents
Perhaps you’re an advertising executive, but have always wanted to be a chef. Perhaps your job title is “coordinator”, but you feel more like the creative type. It’s never too late to look in a new direction in terms of your career and future happiness.

You spend most of your time grumbling
People may love to commiserate over frustrating aspects of our jobs, But if most of your hours at work are spent feeding negative thoughts and generally complaining, that’s a huge sign it may be time to pack it in. Find a new career in an environment that feels more rewarding and in line with your talents. You can do it.

If you have done all you can to improve things, but your job still makes you miserable, do something about it. Take a few steps forward each week. Compile your portfolio, and update your resume. Search the career websites to see what’s out there. Take a few personality tests to help you identify your strengths.

When we feel unhappy or unsatisfied about things, it’s time to find something out there that’s better suited to us. Where do you want to go next? All the best for a rewarding and fulfilling career doing what you love!

(Article by Halle Crawford, a certified career coach)