Sunday, March 1, 2015
Dosa Dari Handphone
Kita lebih banyak mengisi kredit HP dari bersedekah.Lebih banyak pegang HP dari pegang tasbih.Lebih banyak lihat HP dari lihat wajah ibu bapa, suami isteri dan anak-anak. Lebih banyak baca SMS dari baca Al Quran. Lebih sering menelefon dari Bersilaturahim. Lebih sering buka bluetooth dari berlutut untuk sujud. "Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan selalu lalai. Semoga HP yang kami miliki dapat digunakan sebagai IBADAH untuk lebih taqarrub kepada Mu Ya ALLAH.Amin....
Jika HP menyebabkan KELALAIAN sehingga suara azan TIDAK DIPEDULIKAN.Hingga menjadi permainan ketika berada di majlis ilmu di hadapan guru. Hingga melewatkan solat.Hingga zikir berkurangan.Hingga al-Quran tidak lagi dipandang dan dibaca.
Jika ini berlaku, buanglah ia dari kehidupan. Ia telah menjadi salah satu alat yang MENJAUHKAN kita dari Tuhan. Ia digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaan kita. Bukan salah HP itu, tetapi salah kita kerana membiarkan ia menjadi alat yang menyesatkan. Realitinya begitulah, lepas solat selesai salam, TANGAN terus mencari HP.Zikir diabaikan. Ya Allah, biarlah kecanggihan HP menambah ketaatan kepada Allah, bukan mengheret kami jauh dari-Nya.
Ya Allah...ampunilah dosa-dosa kami...
Lahir Dari Sperma Seludup Ayah
Hanya di Gaza.Meskipun Israel dan warden penjara cuba mengasingkan mereka di dunia yang berbeza tetapi mereka berkeras untuk menjalani kehidupan yang sebaliknya.Ini adalah gambar Jannat, anak sulung Hossam Al-Attar, pejuang Palestin yang berada dalam tahanan Israel sejak 2008 setelah dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun. Jannat dilahirkan selepas sperma ayahnya diseludup keluar dari dalam penjara Israel ! Bayi perempuan ini dilahirkan ke dunia ini selepas pembedahan Caesarean dilakukan kepada ibunya di Hospital Shifa di Gaza City sejurus selepas kejayaan penyeludupan sperma ayahnya daripada penjara Raymond ke Semenanjung Gaza meskipun terpaksa melalui kawalan ketat sebagai tahanan yang sangat dikehendaki Israel.Jannat membuka matanya ke dunia ini tanpa melihat ayahnya. Bapanya pula tidak akan memeluknya dan tidak akan melaungkan azan ke telinganya .Ibu Jannat membuka matanya selepas pembedahan tanpa Hossam yang seharusnya memberikan sokongan sambil memegang tangannya dan berkata: Alhamdulillah sayangku telah selamat.Tahniah! Hebat sekali Hossam, isteri Hosam dan bayi Jannat yang istimewa ini.[Kredit:Hamza Deirawi]
Subscribe to:
Posts (Atom)


