Friday, August 1, 2014
Fakta Mengenai Yahudi dan Zionis
[Artikel ini kredit dari Asim Ariff]
Bangsa Yahudi sebenarnya bersaudara dengan bangsa Arab. Yahudi berketurunan Nabi Ishaq/Isaac a.s. dan Arab pula dari keturunan Nabi Ismail/Ishmael a.s. Kedua-duanya anak Nabi Ibrahim/Abraham a.s. Justeru Yahudi dan Arab adalah semitik.
Bangsa Yahudi meninggalkan Sepanyol/Spain ketika kejatuhan kerajaan Islam Andalusia pada tahun 1492 setelah sekian lama Yahudi mendapat perlindungan dari kaum Muslimin. Yahudi asal dipanggil Sephardic dan mereka hidup bersama Muslimin Arab di Iberia, manakala Yahudi Mizrahi tinggal di bumi Arab seperti Yaman. Kebanyakan Mizrahi telah memeluk Islam dan menjadi penduduk Palestine.
Lebih 80% immigran Yahudi di Israel bukanlah keturunan Yahudi yang asal di Palestine. Mereka adalah kaum Ashkenazi atau Khazar iaitu satu bangsa Germanic Caucasian yang memeluk agama Yahudi pada abad ke7 AD (rujuk wikipedia).Yahudi Ashkenazi adalah Yahudi jadi-jadian yang tiada kaitan dan hak ke atas Palestine/Jerusalem. Jika dilihat pada fizikal, mereka tidak kelihatan semitik seperti bermata hitam dan berambut hitam sebaliknya kebanyakan mereka bermata biru dan berambut blonde, lebih kepada penampilan keturunan Eropah. Mereka inilah yang lebih-lebih menuntut hak ke atas Jerusalem padahal mereka berasal dari Eopah Timur dan Russia.
Bangsa Yahudi telah ditindas sekian lama seperti peristiwa Holocaust di Eropah dan Pogrom di Russia. Namun Yahudi mendapat layanan saksama di bawah kerajaan-kerajaan Arab seperti Abbassiyah dan Umaiyah, malah dilantik sebagai menteri dan diberi kebebasan beragama. Di bawah Turki Ottoman, Yahudi beribadat dengan aman bersama Muslimin di kota Jerusalem. Yahudi dan Zionis jauh berbeza. Yahudi adalah umat beragama seperti juga Islam dan Kristian.
Zionisme adalah fahaman sekular bersifat ultra-nationalisme yang invasif dan bertentangan dengan ajaran agama-agama samawi. Pengasas zionisme iaitu Theodore Hertzl di akhir hayatnya telah meminta agar perampasan bumi Palestin dihentikan namun sudah terlewat.
[Foto memaparkan seorang tentera penjajah terjatuh ketika cuba menghalang penunjuk perasaan di Beit Amr Utara Bandar Khalil, Tebing Barat.]
Perisik Dalam Persatuan Palang Merah UAE
Menurut sumber primer di Gaza, sekumpulan pejuang Palestin mengesahkan bahawa seorang warganegara UAE yang menyertai delegasi Pesatuan Bulan Sabit Merah negara berkenaan adalah seorang perisik. Ketika ditahan dan disoalsiasat, dia mengaku bertugas di bawah Lembaga Keselamatan UAE.Sumber(identitinya disembunyikan)mengaku bahawa tugasnya ialah merisik maklumat berkenaan lokasi pelancarna roket yang ditembak ke arah kumpulan penjajah Israel. Kini kumpulan pejuang Palestin itu telah pun membebaskan pegawai UAE tersebut dan seluruh delegasi Bulan Sabit Merah itu diminta untuk segera meninggalkan Gaza. Sumber juga menyebut bahawa pembebasan pegawai dan keseluruhan delegasi tersebut adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya krisis diplomasi, yang boleh mengakibatkan perhatian teralih daripada penderitaan warga Gaza akibat pengeboman dahsyat yang dilakukan penjajah Zionis.
Pihak berkuasa Mesir sebelum ini telah melarang kemasukan mana-mana misi perubatan luar dan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui laluan darat Mesir, namun yang menimbulkan kesangsian adalah mereka membenarkan pula delegasi Bulan Sabit Merah UAE masuk ke Gaza melalui sempadannya.
Beberapa jam selepas kemasukan delegasi UAE itu, khabar angin berkenaan keterlibatan pegawai perisikan dalam kalangan ahli delegasi telah tersebar terutama apabila seorang ahli perubatan terlalu banyak bertanyakan tentang tempat-tempat roket dilepaskan, dengan alasan tanpa maklumat ini kerja-kerja kebajikan mereka akan terhalang, kerana tempat ia dilepaskan dalah dari kawasan perumahan -sebagaimana yang dinyatakan oleh saksi daripada penduduk Gaza sendiri.
Berita ini telah tersebar luas di laman sosial selepas pengguna twitter mengguna pakai hashtag
(الهلال_الأحمر_الإماراتي_يتجسس_على_غزة) maksudnya Bulan_Sabit_Merah_UAE_Melakukan_Risikan_Terhadap_Gaza.
Ketua editor Majalah العرب القطرية عبدالله العذبة dalam twitternya menyebut;
"Perumpamaan Bulan Sabit Merah UAE yang dihantar oleh Abu Dhabi melalui generalnya di Gaza adalah seperti ular yang mengeluarkan ikan daripada laut kemudian mengatakan bahawa "aku menyelamatkannya daripada lemas."
Abu Abdur Rahman @K_ALHUSSAIN pula tweet "Jika tersabit dengan bukti kukuh bahawa #Bulan_Sabit_Merah_UAE_Melakukan_Risikan_Terhadap_Gaza maka adakah dibolehkan secara undang-undang untuk mendakwa mereka atas dakwaan mereka membawa kebahayaan kepada rakyat Gaza?"
[Sumber - GazaNow]
Subscribe to:
Posts (Atom)




