Wednesday, February 20, 2013

Komputer Vs Jasad


serenemaklong.blogspot.com




A. Hardware Vs. Jasad

Komputer terdiri dari beberapa bahagian. Yang pertama adalah hardware. Hardware pula ada beberapa bahagian, contohnya CPU, monitor, hardisk, RAM, keyboard, mouse dan lain-lain. 

Manusia pun ada hardware yang dipanggil jasad. Jasad manusia pun ada banyak bahagian, seperti kepala, badan, tangan, kaki, otak, organ-organ dalaman. Setiap bahagian mempunyai fungsinya tersendiri. Sesetengah orang panggil jasad ini sebagai diri terperi.

B. Software Vs. Ruhul Yaqazah

Sesebuah komputer tidak boleh berfungsi dengan Hardware saja. Ia mesti ada software. Software pula ada macam-macam. Ada BIOS program, operating system, ada application programs dan sebagainya. Kemampuan software tidak terbatas. Selagi mahu  install, bermacam-macam perkara boleh diupgrade. Software ini jugalah yang menyebabkan komputer dapat terhubung dengan dunia internet yang merupakan sumber yang sangat besar.





Manusia pun tidak boleh berfungsi dengan hardware saja. Mesti ada software juga. Software manusia dipanggil Ruhul Yaqazah. Ruhul Yaqazah pun terdiri dari beberapa bahagian, iaitu roh, akal dan nafsu. Setengah orang panggil Ruhul Yaqazah ini sebagai diri terperi. Diri terperi kerana kemampuannya sangat hebat hingga tidak terperi. Sepertimana komputer, ruhul yaqazah inilah yang menyebabkan insan terhubung dengan sumber tanpa sempadan.

Bila software di "sleep" kan, maka komputer pun akan sleep atau hibernate. Tapi komputer itu tidak mati lagi. Sama juga manusia. Bila ruhuh yaqazah keluar, manusia akan tidur, tapi tidak mati lagi.

C. Energy for life / Ruhul Hayat.

Ada hardware, ada software msih belum cukup lagi. Perlukan tenaga elektrik, barulah komputer boleh hidup. Sama juga dengan manusia, jasad dan ruhul yaqazah saja tidak cukup untuk manusia hidup. Yang menyebabkan manusia hidup ialah adanya Ruhul Hayat. Setengah orang panggil Ruhul Hayat ini Diri Sebenar Diri. 

Tenaga elektrik untuk komputer adalah tenaga yang mengalir di dalam satu litar yang besar. Ia bukan spesifik untuk sebuah komputer tertentu. Bila sesebuah komputer terhubung dengan litar yang besar ini, maka jadilah ia komputer yang hidup. 

Software adalah bahagian yang memang terdapat secara berasingan pada semua komputer. Tetapi tenaga elektrik tidak berada berasingan pada sesebuah komputer. Ianya adalah energy yang mengalir secara universal pada semua komputer yang terhubung di dalam litarnya. Apabila sesebuah komputer terputus dari litar yang besar ini, maka ia terus shut down. Walau ia ada portable battery sekalipun, bila habis power battery, akhirnya akan shut down juga.

Begitu juga Ruhul hayat, ia bukan milik seseorang manusia secara peribadi. Ia adalah sesuatu yang universal, mengalir ke dalam diri manusia yang masih lagi hidup. Bila manusia dikeluarkan dari litar Ruhul Hayat, maka matilah dia.

D. User / Diri Tajalli

Sudah ada kuasa elektrik, hardware dan software, sesebuah komputer boleh dihidupkan. Tetapi masih belum boleh berfungsi. Mesti ada manusia hidup untuk menggerakkannya, barulah sesebuah komputer boleh berfungsi. Secanggih mana sesebuah komputer pun, mesti ada seorang manusia juga untuk tekan button "ON" bagi kali pertama. Barulah komputer itu boleh bergerak menurut program yang telah ditentukan untuknya.

Manusia pun sama, sudah ada Ruhul Hayat, Ruhul Yaqazah dan jasad pun baru cuma boleh mula hendak hidup. Untuk berfungsi mesti ada USER yang menggerakkanya. SIAPAKAH USER ITU?







(sumber: schanizan.blogspot.com)  

Monday, February 18, 2013

Dilema Pinjam Duit


serenemaklong.blogspot.com


SEBELUM memberi pinjaman kepada seseorang, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan. 

Pastikan setiap pinjaman  mempunyai cagaran. Sekiranya kawan hendak pinjam RM500, minta sesuatu untuk dipegang yang berharga lebih dari RM500 sebagai cagaran, contoh set televisyen untuk digunakan sementara berhutang. Selagi hutang tidak di bayar, pegang set TV tersebut. Gunakan ia di bilik tidur sekiranya ruang tamu sudah ada TV. Sekiranya kawan hendak menonton TV, bayar dulu wang RM500 tersebut. Jangan lupa, apabila seseorang meminjam wang anda, ia adalah salah mereka dan anda yang dalam kerugian. Sekurang-kurangnya dengan cara ini, anda mengimbangkan keadaan.

Keduanya, sediakan perjanjian bertulis mengandungi jumlah yang dipinjam dan terma bayaran. Pastikan terdapat sejumlah wang dibayar setiap 1hb pada setiap bulan apabila mereka mendapat gaji. Jangan biarkan pinjaman hanya sekadar janji mulut sahaja tanpa terma dan jangkamasa bayar balik. Dengan mempunyai perjanjian sebegini ia memastikan anda serius dalam mendapatkan wang anda kembali. Sekurang-kurangnya ia merupakan bukti bertulis sekiranya kawan anda buat-buat lupa hutang tersebut.

Ketiga, ketahui apakah kegunaan wang yang dipinjam. Sekiranya untuk menaiktaraf dari bawa motor kepada bawa kereta kerana inginkan kemewahan, anda boleh pertimbangkan sendiri berbaloi atau tidak untuk anda beri pinjaman. Ketahui apa yang akan digunakan dengan wang yang dipinjam bukan sahaja untuk anda membuat keputusan untuk meminjamkan atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu wang itu tidak pergi kepada perkara yang tidak elok dan membazir sahaja. Sebagai contoh, sekiranya ada ahli keluarga yang hendak menyambung rumah. Fikir sama ada ia perlu atau tidak. Sebaik-baiknya untuk mengawal keadaan pinjaman, anda sendiri membayar wang untuk kegunaan yang dikatakan.

Akhir sekali, jangan pinjamkan wang sekiranya anda sendiri tidak mampu. Anda telah bekerja keras untuk mendapatkan wang, jangan pula akibat meminjamkan wang kerana kasihan, anda tinggal sehelai sepinggang. Jangan sehingga simpanan anda kering kontang. Nanti silap haribulan, anda pula yang makan nasi berlauk garam!

Tepuk dada, tanya selera apabila seseorang meminta pinjam wang. Terdapat berbagai kemudahan pinjaman wang melalui institusi kewangan sama ada untuk tujuan peribadi, membeli kereta, rumah, atau perniagaan. Mungkin keputusan terbaik menasihatkan kawan itu membuat pinjaman dari institusi tersebut. Dan sekiranya mereka katakan mereka telah cuba tetapi tidak diluluskan, maka ini satu lagi sebab anda perlu fikirkan. Kalau bank pun tidak meluluskan pinjaman kerana tidak yakin dapat dibayar balik, masakan anda pula yang yakin akan mendapat wang anda kembali!

(Tulisan oleh Irfan Khairi)