Sunday, April 1, 2012

Penjara Paling Mengerikan di Dunia (Bahagian 2)


serenemaklong.blogspot.com



PENJARA merupakan tempat yang sesuai bagi penjahat. Di dunia ini ada beberapa penjara yang paling mengerikan. Ini merupakan bahagian kedua daripada artikel terdahulu.


Penjara San Quentin, San Quentin, California


Tahun 1930an, pengurusan penjara ini sarat dengan rasuah sehingga  muncul pengarah baru, Clinton Truman Duffy yang melihat keadaan tidak berperikemanusian di penjara ini lalu melakukan berbagai penmbaikan pada 1940an. Sebelum ketibaannya, kepala banduan dibotakkan dan dipaksa memakai seragam yang diberi nombor, menghuni sel sempit tanpa diberi lampu dan di sini nyawa tidak ada harganya.Rusuhan antara etnik kerap terjadi.

Penjara Diyarbakr, Turki




Penjara ini disebut sebagai penjara terkejam di Turki. Dari 1981 sampai 1984,34 orang tawanan mati kerana penyeksaan berlebihan, baik jiwa maupun fizikal.Belum lagi penyimpangan seksual yang bermaharajalela.

Para banduan pernah membantah terhadap pengelolaan penjara.Mereka melakukan mogok makan,bahkan membakar diri sendiri sebagai bentuk protes. Namun tidak berhasil.Fasiliti penjara jauh daripada yang standard. Kejahatan terhadap kemanusiaan sangat lumrah di sini.


Penjara La Sabaneta, Venezuela

 
Fasiliti di penjara ini sangat minimum menyebabkan wabak penyakit  mudah tersebar. Rawatan perubatan kadang-kadang tidak ada. Makanan yang diberi sangat kurang dengan menu yang jauh dari sederhana. Pernah terjadi wabak kolera yang mengorbankan 700 banduan.

Pada 1994, berlaku rusuhan terhadap marsyal penjara yang mengorbankan 100 banduan. Kakitangan penjara tidak berapa ambil peduli tentang pengurusan banduan sehingga banduan sering bergaduh, bahkan membunuh sesama sendiri. Namun penguasa penjara hanya menutup mata di atas kejadian-kejadian ini.

Penjara La Sante Prison, Paris, Perancis





Penjaranya terlalu sesak, fasiliti pula kurang dengan beraneka kekerasan sehingga nyawa manusia tidak berharga. Sel-sel penjara pula penuh kutu dan tikus menyebabkan banduan rasa tertekan.

Sungguh ironis kerana ‘ La Sante’ bererti “kesehatan” namun hakikatnya jauh berbeza. Ada pegawai penjara yang melayan banduan seperti hamba. Perkosaan antara sesama banduan berlaku setiap hari. Kerana itu ada banduan yang mati membunuh diri atau menjadi  gila. Sepanjang tahun 2002 dikatakan terdapat 122 kes banduan membunuh diri. Bilangan ini susut kepada 73 pada pertengahan 2003.


Penjara Pulau Rikers, New York



Penyeksaan kejam membuat penjara ini begitu diketahui di Amerika. Pada 2003, 6 banduan telah membunuh diri di sel masing-masing kerana tidak tahan dengan suasana penjara yg menekan. Pada 2007 pula, seorang banduan lagi, Charles Afflic mengalami penyeksaan berlebihan dari penjaga penjara sehingga terpaksa  menjalani pembedahan otak.


Penjara Tadmor, Syria



Banyak kematian berlaku di penjara ini. Seorang bekas banduan Tadmor menggambarkan penjara ini sebagai kerajaan maut di mana pengawal penjara bagaikan dahaga darah banduan dan dan tawanan politik.Pada 1980, selepas cubaan membunuh Presiden Syria gagal, pihak tentera menggunakan helikopter dan mendarat di Tadmor. Pada hari itu tentera membunuh 500 tawanan dalam sel mereka. Banduan itu mati kerana tidak dapat menyelamatkan diri akibat kaki mereka dirantai di dalam sel.

Penjara Paling Mengerikan di Dunia (Bahagian 1)


serenemaklong.blogspot.com


PENJARA merupakan tempat yang sesuai bagi penjahat. Di dunia ini ada beberapa penjara yang paling mengerikan:

Penjara Carandiru, Brazil


 


Penjara ini pernah menjadikan Brazil terkenal bila rusuhan besar berlaku pada  1992. Tragedi melibatkan pasukan polis setempat. Ramai yang terkorban. Ia tercetus bila berlaku serang menyerang di antara geng di penjara tersebut.

Ketika polis datang meredakan keadaan, ramai banduan telah menyerah diri dengan melemparkan senjata dan memohon perlindungan. Namun polis yang kurang prihatin terus menembak mereka.

Perlakuan kejam pihak polis membangkitkan bantahan di mana-mana, termasuk  Amnesty International yang mahu penjara tersebut ditutup pada 2002. Amnesty International melaporkan telah berlaku pelanggaran hak-hak asasi manusia di sana. Kemudahan yang teruk juga menyebarkan penyakit pembunuh. Pada masa itu Ketua Polis Metropolitan Sao Paulo ialah Ubiratan Guimaraes. Dia dianggap bertanggungjawab menyebabkan terjadinya tragedi ini dan dia didakwa atas tuduhan membunuh 102 orang. Namun Guimaraes dibebaskan atas alasan polis melakukannya kerana mereka yang ditembak terlebih dahulu.

Penjara Bang Kwang, Thailand




Dikenal sebagai “Bangkok Hilton”, penjara ini sudah tidak layak dibuni lagi. Selain penuh sesak, ia juga kekurangan tenaga pengawal penjara. Banduan  dirantai mengakibatkan ramai yang jadi gila akibat stress pada bulan pertama dalam tahanan. Pengarah penjara, Khun Nattee mengakui kalau penjaranya adalah paling keras layanan di seluruh Thailand.Di sini kemudahan sangat minimum,termasuk rawatan kesehatan terhadap banduan. Banduan yang sakit hanya boleh  meringkuk dengan kaki dirantai di kamar sendiri sambil menunggu datangnya ubat, itu pun kalau ada.

Penjara ADX Florence Supermax, Colorado



 
Penjara ini dibangunkan sebagai respons atas serangan terhadap kakitangan penjara di penjara lain di Amerika. Penjara ini menerapkan “maximum security” untuk mencegah serangan para banduan terhadap kakitangan penjara. Banduan diasingkan daripada kakitangan penjara. Mereka mengalami penyeksaan psikologi kerana selama 23 jam hanya dihabiskan di sel semata-mata. Mereka tidak bleh ke mana-mana. Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi ngeri. Mereka yang masuk ke sini adalah para penjahat tegar.Di sinilah ‘neraka’ yang mengakibatkan derita seumur hidup. Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan dikhabarkan mati terbunuh akibat ditembak.

Penjara Pulau Alcatraz, San Francisco, California




Penjara yang dikenali sebagai “The Rock” atau “Devil’s Island” ini dibangunkan sekitar 1920-an. Alcatraz dibina sedemikian rupa sehingga banduan hampir mustahil untuk memboloskan diri. Alcatraz benar-benar menciptakan dunianya sendiri. Banduan terputus hubungan dengan kehidupan di luar.

Pengawal penjara yang kasar, sombong lagi tidak berperikemanusiaan  mewarnai hari-hari banduan di sana. Ramai yang mengalami tekanan jiwa luar biasa. Banduan dilarang bercakap sesama sendiri, tidak boleh menampakkan emosi dan dipaksa diam! Hak-hak sebagai manusia tiada langsung di Alcatraz. Penjara ini ditutup pada 1963,tetapi warisan kegelapan terus ‘hidup’ dan menjadi legenda.