Friday, July 8, 2011

Mengapa Bisnes Gagal

serenemaklong.blogspot.com

Salah satu punca utama perniagaan gagal ialah konsep yang salah. Ramai usahawan terlalu melihat apa orang lain buat dan cuba menirunya.

Ada orang bermula dengan susah, ada bermula dengan senang, juga bermula dengan kosong.

Sebelum menceburi bidang keusahawanan, persediaan mesti ada, ketahui tindakan yang perlu dielakkan bagi mengurangkan risiko kegagalan.

PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA, usahawan jangan mencampuraduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri sehingga menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Akibatnya perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara diri dengan perniagaan dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

KETIGA jangan menipu dalam perniagaan. Ini bukan amalan perniagaan yang baik malah dilarang dalam agama. Peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu pelanggan, malah  juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.

KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya tidak patut tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".

KELIMA, elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan. Yakin ia boleh dibayar balik. Jangan meminjam sehingga membawa masalah kepada diri sendiri.

KEENAM, jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

Packing Medications For a Trip

serenemaklong.blogspot.com

Air travellers who regularly take medications should pack all they need for their trip in their carry-on as well as their checked luggage, the Dusseldorf-based Travel Medicine Centre (CRM) advises.

This protects them in case their checked luggage is lost or their flight is delayed.

People travelling with prescription medications or syringes should carry a doctor’s certificate attesting that the items are necessary for medical reasons, the CRM says. Otherwise, foreign customs officials may deny them entry.

Crossing international borders with controlled substances, such as painkillers containing morphine, can be a problem.

The CRM also advises travellers to consider heat or cold in the airplane and that the holiday destination when assembling their travel health kit.

Insulin, for example, loses its effectiveness at temperatures lower than about 0 degrees C or higher than 40 degrees C.

Children’s suppositories for pain and fever become soft in the heat, so parents should pack syrups and drops for the little ones instead.

Travellers should adapt to time differences when taking medications, particularly in the case of hormone preparation, the CRM notes.

Those who have to buy medications at their holiday spot should be aware of fakes, especially in Africa and Asia. The CRM recommends that travellers buy medicines in their original packaging and in licensed pharmacies only, and never at marketplaces.

It is helpful carry a package insert from home stating and a medication’s active ingredients, dosage and brand.

Fakes can be recognized by poorly printed packaging, an unusual smell or taste, or a crumbly texture, the CRM points out.