Thursday, November 8, 2012

Apa Yang Diberi Itulah Yang Datang





SEORANG pembuat roti di sebuah kampung yang jauh di pedalaman  telah membeli satu kilogram mentega daripada seorang petani.

Dia syak mentega itu kurang timbangannya. Beberapa kali dia menimbang mentega itu. Ternyata memang mentega itu kurang daripada satu kilogram. Yakinlah dia bahawa petani itu telah menipunya. Dia melaporkannya kepada ketua kampung. Akhirnya petani itu dibawa ke muka pengadilan.

Dalam sidang pengadilan itu Ketua Kampung bertanya kepada petani, “Tidakkah awak mempunyai alat timbang?”

“Tidak, tuan,” jawab petani.

“Bagaimana awak menimbang mentega yang awak jual itu?” tanya Ketua Kampung lagi.

Petani itu menjawab, “Ah, itu mudah saja. Untuk menimbang mentega seberat satu kilogram, sebagai penimbang, saya gunakan  roti seberat satu kilogram yang saya beli daripada pembuat roti itu.”

Moral of the story:
Ini salah satu contoh di mana kesalahan yang dilakukan oleh orang lain itu memang berasal daripada sikap kita sendiri pada orang lain.

(Sumber: Kisah-Kisah Teladan Islami Penuh Hikmah)



No comments:

Post a Comment