Friday, April 20, 2012

Persamaan, Perbezaan Jin dan Manusia




 
serenemaklong.blogspot.com


Ini adalah sambungan daripada artikel mengenai Jin, Syaitan dan Iblis.

Menurut buku Al-Qa’id al-Islamiah yang ditulis oleh Syed Sabiq dan Dialog Dengan Jin Islam hasil tulisan Muhammad Isa, persamaan dan perbezaan di antara jin dan manusia adalah seperti berikut:    


Persamaan
Perbezaan
Jin
Dicipta untuk menyembah Allah (Surah ad-Dzariyat ayat 56)

Berakal.

Mukallaf (ada timbangan dosa, pahala, dimasukkan ke syurga atau diazab di neraka mengikut amalan masing-masing.)

Terdiri daripada jantina lelaki dan perempuan.

Menganut pelbagai agama - Islam, Kristian, Hindu, Buddha, atheis dan lain-lain.

Hidup bermasyarakat dengan sistem kerajaan, politik, ekonomi, pendidikan serta teknologi tersendiri. Ada individu jin yang maju dan mempunyai kerjaya atau berniaga, ada yang miskin dan hidup dalam keadaan asli, tiada hubungan dengan kumpulan jin lain.

Terdiri daripada berbagai bangsa: Inggeris, Arab, India, Melayu dsb.
Dicipta daripada lidah api iaitu bahagian hujung api yang panas (Surah ar-Rahman ayat 15)

Kejadiannya mempunyai unsur oksigen, nitrogen dan hidrogen.

Tidak mempunyai jasad.

Boleh berubah bentuk yang disukai (seperti manusia, harimau, mawas dsb)  dan berada dalam bentuk itu untuk masa singkat atau lama.
Boleh membentuk komuniti baru dalam jasad baru ini.

Boleh hidup daripada suhu 100 darjah celsius hingga ribuan darjah celcius. Namun boleh turunkan suhu kewujudannya kurang daripada 100 darjah untuk membentuk rupa yang disukai.

Ada kepala, batang tubuh, tangan dan kaki tetapi tidak sempurna.
Manusia
Dicipta untuk menyembah Allah (ad-Dzariyat ayat 56)

Berakal.

Mukallaf (ada timbangan dosa, pahala, dimasukkan ke syurga atau diazab di neraka mengikut amalan masing-masing.)

Terdiri daripada jantina lelaki dan perempuan.

Menganut pelbagai agama - Islam, Kristian, Hindu, Buddha, atheis dan lain-lain.

Hidup bermasyarakat dengan sistem kerajaan, politik, ekonomi, pendidikan serta teknologi tersendiri. Ada individu manusia yang maju dan mempunyai kerjaya dan berniaga, ada yang miskin, hidup dalam keadaan asli dan tiada hubungan dengan kumpulan  manusia lain.

Terdiri daripada berbagai bangsa  (Inggeris, Arab, India, Melayu dsb.)
Dicipta daripada tanah.

Kejadiannya mempunyai unsur oksigen, hidrogen, karbon dan mineral seperti kalsium dan lain-lain.

Mempunyai jasad yang sempurna di segi kejadian. 

Boleh hidup pada suhu 20 darjah  hingga 45 darjah celcius. Akan mati jika lebih daripada itu.



Kesimpulannya, jin adalah sebahagian daripada perkara ghaib yang tidak mungkin untuk diceritakan secara tepat dan hanya boleh diketahui berlandaskan keterangan dalam al-Quran dan al-Hadis. Selain daripada itu ia hanya merupakan pengalaman-pengalaman  yang mungkin benar dan mungkin tidak.

(Diadaptasi daripada tulisan Ustaz Majid Hassan, pengasas dan perawat Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan Kuang, Selangor Darul Ehsan. Sila layari akrine.blogspot.com untuk maklumat lanjut mengenai kursus dan rawatan yang dijalankan)





No comments:

Post a Comment