Thursday, March 29, 2018

Nasihat Jumaat Bahagian 2



Di antara sumber rezeki adalah taqwa dan tawakal.

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT, nescaya akan diberikan jalan keluar baginya dan diberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Dan barangsiapa tawakal kepada Allah SWT nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.

Oleh itu tetaplah bekerja keras dan biarkan Allah SWT yang mengatur segalanya dan hanya kepada Allah SWT tempat berharap.





Saiyidina Ali r.a. berkata :

- Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk.
- Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
- Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
- Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan berhati-hati dari dosa).
- Tiada kebaikan mengambil sahabat tanpa saling menyayangi.
- Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.






Ikhlas itu rahsia di antara Allah dan hamba-Nya.
Ia tidak diketahui oleh malaikat sehingga ia tiada kuasa untuk menulisnya.
Tidak pula diketahui oleh syaitan sehingga ia tiada kuasa untuk merosakkannya.


Perkongsian ilmu yang kita upload, meskipun ia dibaca oleh orang yang sama, namun dari ilmu berbeza-beza, ia akan memberi manfaat kepada kita, kesan dari orang yang mengamalkannya, tanpa mengurangi sedikitpun pahala bagi mereka yang mengamalkannya itu.


Dakwah Itu Mudah


Bahagia bukan diukur atas milik kebendaannya.
Kaya pula diukur pada betapa sedikit keperluannya.
Ini menjadikan dia seorang yang KAYA JIWA.

Kita diciptakan untuk saling melengkapi dan menasihati. 
Kita tidak ada hak untuk menghukum sesiapa. 
Hanya Allah yang mengenalinya.

Dakwah itu mudah. Boleh dilakukan di mana jua di bumi Allah.
Yang petah, maka bercakap dan berhujjahlah. Yang mampu menulis, maka tulislah perkara yang baik dan mudah diamalkan. Yang kaya, boleh menggunakan hartanya untuk memudahcara.
Yang tak petah, yang tak ada kemampuan menulis, yang tak punya apa-apa, berdakwahlah dengan tenaga empat kerat dan akhlak yang baik yang boleh dicontohi oleh orang-orang di sekeliling.



Buat baik dengan orang, hormat pada orang, belum tentu orang akan hargai dan balas kebaikan itu, tidak semestinya kita akan dihormati.

Pun begitu, tetaplah mengerjakan kebaikan dengan ikhlas, bukan kerana merasa diri kita baik dan bukan pula kerana mereka semua.

Kita mahu JADI YANG TERBAIK DI SISI PEMILIK SEMUA KEBAIKAN.




Katak memegang kuat pohon ketika ribut, namun apabila disapa angin enak sepoi-sepoi bahasa, ia jatuh akibat terleka.

Manusia memegang kuat ajaran agama dengan doa, zikir, selawat dan bacaan Al-Quran semasa dilanda musibah, namun dengan kehidupan enak sepoi-sepoi bahasa, ia sering jatuh leka. Nauzubillah min zalik.