Sunday, October 22, 2017

Cara Membuat Air Penawar





Bismillah..........

-Baca surah Al-Fatihah 7 kali,
Setiap kali selepas baca,tiup pada air,
-Baca Ayat Kursi 1 kali dan tiup pada air,
-Lepas tu selawat ke atas Nabi SAW 11 kali dan tiup pada air,
-Kemudian pohon hajat kepada Allah,dan berdoa..
"Yaa Allah...!! Jadikan air ini sebagai penawar menyembuh penyakitku/...............(sebut nama pesakit).
Sesungguhnya Engkaulah yang menyembuhkan segala penyakit"

PERHATIAN KEPADA ORANG YANG MENJAMPI PADA AIR DAN JUGA ORANG SAKIT:

Berpegang di dalam hati bahawa segala jenis ubat itu adalah SEBAB/PUNCA bagi menghilangkan penyakit,dan Allah yang menyembuhkan penyakit,..

Cara-cara buat air tawar ini Prof terima dari arwah ayahanda prof sendiri dan juga seorang guru tua, katanya mesti minta izin sebelum diamalkan baru mujarrab..Kenapa? Wallahua’lam...

Prof izinkan beramal kepada mereka yang minta izin di ruangan komen,beramallah untuk kebaikan dunia dan akhirat. Semoga tidak mendatangkan fitnah pada diri dan agama..

Jangan lupa Follow Facebook Mustaman Bin Mustafa.

Keturunan Syaitan





Umar Bin Khatthob Radhiyallahu ‘anhu berkata, keturunan syaitan itu ada 9.


# ZALITUN
Bertugas menggoda penghuni pasar dalam transaksi jual beli dengan menyuruh melakukan penipuan, memuji-muji barang dagangan, menipu timbangan, dan bersumpah palsu.

و اما و ثين فهو صاحب المصيبات

# WATSIN

Bertugas menggoda manusia yang tertimpa musibah agar tidak bersabar sehingga menjerit histeria, menampar pipi, dan sebagainya.

و اما اعوان فهو صاحب السلطان

# A'WAN

Bertugas menggoda para penguasa untuk bertindak zalim.

و اما هفاف فهو صاحب الشراب

# HAFFAF

Bertugas memujuk dan menggoda orang supaya meneguk minuman keras.

و اما مرة فهو صاحب المزامير

# MURROH

Bertugas menggoda orang supaya asyik bermain alat muzik dan menyannyi.

و اما لقوس فهو صاحب المجوس

# LUQUS

Bertugas menggoda orang supaya menyembah api.

و اما المسوط فهو صاحب الاخبار يلقيها فى افواه الناس و لا يجدون لها اصلا

# MASUTH

Bertugas menyebarkan berita dusta melalui lidah manusia sehingga tidak mampu ditemukan berita yang benar

و اما داسم فهو صاحب البيوت اذا دخل الرجل المنزل ولم يسلم 
ولم يذكر اسم الله تعالى اوقع فيما بينهم المنازعة حتى يقع الطلاق و الخلع و الضرب

# DASIM

Bertugas di dalam rumah. Jika seseorang masuk ke dalam rumah tanpa mengucapkan salam, tidak pernah menyebut nama Allah Ta'ala di dalamnya, DASIM akan menimbulkan perselisihan sehingga berlaku perceraian dan keganasan ( menciptakan ketidakharmonian dalam rumah tangga)

و اما ولهان فهو يوسوس فى الوضوء و الصلاة و العبادات

# WALHAN

Bertugas menggoda dan mengacaukan manusia dalam berwuduk, sholat dan dalam ibadah lain

Firman-Nya:

يَا بَنِي آدَمَ لاَ يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْءَاتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ 
وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاء لِلَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu tertipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan paakaian mereka berdua untuk memperlihatkan auratnya.

Sesungguhnya ia dan pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpinn bagi orang-orang yang tidak beriman. (QS. al-A’raf [7]: 27)

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Apabila kamu membaca al-Qur’an hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. (QS. an-Nahl [16]: 98)

أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.

[Sumber : Nashoihul Ibad 57-58]