Tuesday, September 12, 2017

Anak Yang Taat




Nizam, seorang pemuda Rohingya, melarikan diri dari rumahnya di selatan Maungdaw, Myanmar akibat kekejaman tentera kerajaan menuju ke sempadan Bangladesh sejauh 35 kilometer. 

Kenderaan yang ada hanyalah kedua kakinya. Dia berjalan dengan memikul ibu bapanya yang telah tua dalam keranjang, melewati tanah berlumpur, bukit, hutan dan menyeberangi sungai selama lima hari.

Semoga Allah melindungi saudara-saudara kita sana. Amin.


“ Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Qs. Al Israa’ [17]:23)

Inilah Anak yang taat persis Uwais Al Qarni pada zaman Rasulullah s.a.w. 

Sunday, September 10, 2017

Kesihatan Masa Dan Wang




Seorang pesakit kanser di Hospital Daerah Harbin, China membawa sebuah beg penuh wang lalu meminta doktor untuk menyelamatkan nyawanya. 

Namun doktor tidak boleh berbuat apa-apa kerana kansernya berada di 'TAHAP' akhir.

Pesakit itu sangat marah lalu melemparkan wangnya ke seluruh koridor hospital sambal berteriak, "Apa guna ada wang! Apa guna ada wang!" 

Kesimpulan

Wang tidak boleh membeli kesihatan. Wang tidak boleh membeli masa. Wang tidak boleh membeli kehidupan.

Oleh itu jagalah kesihatan yang baik sementara kita mempunyai masa dan wang.


[Seperti diceritakan oleh Ustaz Abdullah Khairi]