Saturday, August 13, 2016
Hafaz Al Quran Dan Tuntutan Belajar
Bacalah Al Quran di rumah kita.
"Sesungguhnya rumah akan terasa luas bagi penghuninya, para malaikat akan mendatanginya, para syaitan akan menjauhi dan kebaikannya akan bertambah jika Al Quran dibaca di dalamnya." (Abu Hurairah r.a.)
Usahakanlah untuk menghafaz surah-surah lazim dan surah-surah penting lain seperti Al Mulk dan As Sajdah (mengelakkan seksa kubur), Al Waqiah (mengelakkan kesempitan rezeki), Al Baqarah dan Ali Imran (memberi naungan ketika panas terik di Padang Mahsyar), Surah Yaasiin dan Surah Al Kahfi yang banyak fadilatnya. Lakukanya mengikut kemampuan diri.
Semasa menghafaz, fahami dan hayati juga makna setiap ayat supaya dapat diamalkan perintah yang terdapat di dalamnya. Setelah berjaya dihafaz, ulang baca selalu supaya tidak lupa, sama ada di dalam solat ataupun di luar solat (contoh ketika terperangkap dalam kesesakan lalulintas bagi mengelakkan rasa bosan dan marah).
Kata Ibn Al Mubarak:
"Belajar bukan untuk orang pintar. Bukan juga untuk orang bodoh. Belajar itu untuk semua orang. Andaikata telah menghafaz ilmu orang dulu-dulu dan ilmu orang yang akan datang, teruskan juga belajar daripada orang lain.
Mencari ilmu bukan untuk mengumpulkan ilmu semata-mata, melainkan untuk MELAKSANAKAN KEWAJIPAN SYARIAT. Mencari ilmu tidak terbatas oleh kepintaran. Yang membatasi pencarian ilmu ialah umur. JIKA ROH SUDAH MENINGGALKAN JASAD, TIADA LAGI KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU."
Kelebihan Selawat Atas Nabi s.a.w.
Diriwayatkan daripada AbuThalhah r.a:
Bahawa Rasulullah s.a.w. datang pada suatu hari dalam keadaan kegembiraan terpancar di wajahnya, lalu Baginda bersabda, "Sesungguhnya Jibril telah datang kepada saya dan berkata, '(Firman Allah S.A.W., Sesungguhnya perkara ini akan membuatkanmu redha wahai Muhammad, iaitu tidak seorang pun dalam kalangan umatmu yang berselawat ke atasmu melainkan AKU berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali, dan tidak ada seorang pun dalam kalangan umatmu yang mengucapkan salam ke atasmu melainkan AKU mengucapkan salam ke atasnya sebanyak sepuluh kali'".
(Hadis Riwayat al-Nasa'i dan Ibnu Hibban )
Dengan berselawat ke atas Nabi s.a.w., Allah yang turut berselawat memberikan ganjaran sebanyak sepuluh kali dan dilimpahkan RAHMAT SERTA KASIH SAYANG-NYA KE ATAS UMAT MUHAMMAD YANG BERSELAWAT.
Subscribe to:
Posts (Atom)

