Wednesday, July 24, 2013

Suami Isteri Bahagia

serenemaklong.blogspot.com




SUAMI keluar kawasan selama seminggu. Kerja banyak. Hanya sempat telefon isteri sekali sehari. Itupun jam 3 pagi sebab projek besar baru saja siap.

Suami : Assalamualaikum, Ayang. Dah tidur?

Isteri : Waalaikumsalam. Dah Abang. Kenapa baru ni Abang telefon?

Suami : (suami perasan nada suara isteri macam merajuk) Abang baru siapkan kerjalah. Penat sangat.

Isteri : Tak apalah. Kalau penat, Abang pergilah tidur dulu. Esok baru Abang telefon, ok.

Suami : Ayang tahu kan abang kalau penat nak manja-manja. He..he.. Gurau-gurau. Abang memang penat sangat, tapi abang rindukan suara Ayang. Abang nak tanya khabar Ayang dulu sebelum tidur. In Sha Allah esok Abang telefon lagi.

Isteri : (berbunga-bunga hatinya!)

**Kalau nak tahu, orang perempuan ni memang cuba akan memahami lelaki, dan percayalah dalam hati dia sangat-sangat rindukan suaminya kalau berjauhan. Ayat "tak apalah" itu  sebenarnya ayat ambil hati dalam diam.


Monday, July 22, 2013

Yuran Peluk

serenemaklong.blogspot.com




BAGI ibu bapa yuran kokurikulum, yuran buku teks dan sebagainya memang dianggap normal. Tetapi di sebuah tadika di Negeri China ada pula yang dikatakan caj perkhidmatan memeluk pelajar. 

Ibu bapa diminta membayar yuran tersebut supaya anak-anak mereka yang bersekolah di Tadika Shangmao yang terletak di daerah Jiangdu,Timur China dapat dipeluk oleh guru-guru ketika tiba pada waktu pagi dan ketika pulang ke rumah.

Caj 80 yuan (RM 39) sebulan dikenakan bagi setiap pelajar. Ibu bapa diberitahu oleh guru bahawa pelukan dapat menceriakan anak-anak mereka.

Aduhai, zaman moden ini cara untuk memaksa wang keluar daripada dompet dan poket pun sudah semakin kreatif!!!