Monday, November 19, 2012

Instilling the Value of Money in Children







(Let your child know about the hardship faced by underpriviledged children in other places)

IN Troy Dunn’s book entitled Young Bucks How To Raise A Future Millionaire, one of the many recommendations was to encourage and nurture entrepreneurial thinking among children. 

Dunn suggested that the best way to teach your child is to stop giving her an allowance, which he said is one of the most wrongful concepts that has ever been sold to well-meaning parents.

“Allowances are a terrible disservice to your child, teaching her to be on the dole instead of earning her own money, “he wrote.

Dunn said children need to learn the fundamental principle that money is not a gift but is compensation for work done.

However, some people think giving a little allowance is a good way to teach children on how to manage their money. Encourage them to habitually jot down their expenditures and to set aside a minimum of 10 per cent of their allowances for savings.

Dunn is right when he said that work is nothing more than exchanging talent for money. Therefore, help to unleash your child’s talent and interest, and inspire them to make money from there.

Below are a few suggestions:

  • Explain the difference between “wants” and “needs” to your child. Remind him that food is more important than toys, compare his life with the less fortunate.

  • Set a goal, for example to go to Disneyland in Singapore. It can make him proud of himself. Carrying a heavy  piggy bank around will give him a great sense of achievement.  

  • Get your children to be involved in the household shopping. Bring them along when you do grocery shopping. Let them know your budget and ask them to bring along a calculator to ensure that your are spending within the stipulated budget.

  • Do projects together to earn extra income, i.e. setting up a website where you can sell old toys, clothes, book or even things that you make together such as cupcakes or frozen pies.

  • Open a savings account for your children to teach them that money kept in a bank is protected and will also accumulate interest.


Tuesday, November 13, 2012

Wanita Puas Seks Lebih Jelita





DIKATAKAN hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Penyelidik perubatan juga bersetuju dengan kenyataan ini. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.

Dipercayai juga wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.

Wajah berseri

Dikatakan, kebangkitan fizikal yang meningkatkan peredaran darah berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi mengekalkan kulit wajah berminyak, lembut, mulus dan bersinar. Ia juga membuat rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.

Bentuk tubuh yang menarik

Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar daripada suami ketika mengadakan hubungan kelamin.

Ketika melakukan seks, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama.

Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatik memiliki daya keyakinan diri yang tinggi kerana merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.

Hilangkan lenguh-lenguh badan

Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan. Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat.

Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.

Kenapa? Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung,  hormon endorphin yang dikeluarkan merupakan ubat penahan sakit  semula jadi.

Penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang daripada sakit selama enam jam.

Kitaran haid yang teratur

Menurut Winnifred Cutler,  pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangka kedatangan haid berbanding wanita bujang atau wanita yang kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.

Ini kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangka bila waktu suburnya. Oleh itu, mudah bagi pasangan suami isteri merancang untuk memiliki cahaya mata.


* Dipetik dari majalah Mingguan Wanita edisi terbaru