Saturday, March 19, 2011

Cari Perlindungan


Selama beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia mengalami gegaran kecil yang disebabkan gempa bumi di Indonesia. Penghuni kondominium kerap merasai gegaran yang dihasilkan oleh gempa bumi tersebut.

Pada 2009, seorang pakar seismologi menyatakan bahawa ada kemungkinan gempa bumi lebih kuat berlaku di Indonesia dan mencetuskan garisan gelinciran tidak aktif di Semenanjung Malaysia. 

Sekiranya kita ditakdirkan Allah S.W.T. berada di tengah-tengah kejadian gempa bumi, kurangkan pergerakan dan segera berlindung di tempat paling selamat yang berhampiran. Berlindung di dalam bangunan sehingga gegarannya berhenti dan anda berasa cukup selamat untuk keluar.  

Jika di dalam bangunan:
·        berlindung di bawah meja yang menyelamatkan anda daripada benda-benda yang berjatuhan. Jika tiada meja, tutup muka dengan tangan dan membongkok  dalam keadaan bersujud di dalam sudut bangunan itu.  
·        Tingkat bawah bangunan mungkin lebih selamat daripada tingkat atas kerana siling dan bumbung oleh jatuh menimpa anda.
·        Jauhi semua bentuk kaca seperti dinding kaca, pintu gelongsor kaca, tingkap kaca, perabot kaca, lampu kaca dsb yang boleh pecah bersepai menimpa anda.
·        Jika berada di bilik tidur, lindungi kepala dengan bantal. Namun sekiranya di bilik itu ada lekapan atau perabot kaca, segera berpindah ke tempat selamat yang berdekatan.    
·        Berlindung di ambang pintu hanya jika itu sahaja tempat selamat yang terdekat dan anda pasti keadaannya cukup kukuh tidak akan runtuh.
·        Keluar dari bangunan hanya sesudah gegaran berhenti dan keadaannya selamat. Kebanyakan kecederaan berlaku akibat ditimpa objek yang jatuh ketika berlari masuk dan keluar bangunan.
·        Jika berada di dalam kedai, jauhi rak berat sarat dengan barang yang boleh jatuh menimpa anda.
·        Jika berada dalam pejabat di bangunan yang tinggi, jangan pergi ke lif atau tangga. Berlindung di bawah meja.

Jika di kawasan lapang:
  • tunggu sahaja di mana anda berada. Jangan berlari kerana anda mungkin tercampak ke sana ke mari atau terjatuh dalam rekahan runtuhan.
  • Jauhi bangunan, lampu jalan dan wayar utiliti voltan tinggi.
  • Jangan turun ke terowong yang boleh runtuh menyebabkan anda terperangkap.
  • Jika berada di lereng bukit, segera daki ke puncak kerana lereng itu mungkin  menggelongsor.
Jika di dalam kereta:
  • Berhenti secepat dan selamat yang boleh serta duduk diam di dalam kereta. Jangan berhenti dekat atau di bawah bangunan, pokok, jejambat dan wayar utiliti.
  • Membongkok di bawah paras tempat duduk dan anda akan terlindung sekiranya sesuatu jatuh ke atas kereta.
  • Bila gempa telah berhenti, hati-hati meneruskan perjalanan sambil memerhati jalan dan jambatan yang rosak.
Jika terperangkap di bawah runtuhan:
  • Jangan nyalakan pemetik api, bergerak ke sana ke mari atau menyebarkan debu.
  • Tutup mulut dengan sapu tangan atau pakaian.
  • Ketuk paip atau dinding supaya pasukan penyelamat boleh mencari tempat anda berada. Elakkan menjerit kecuali itu merupakan jalan terakhir – menjerit boleh menyebabkan anda tersedut habuk yang berbahaya.
Gegaran susulan, walaupun kurang kuat berbanding gempa utama, tetapi masih mampu meruntuhkan struktur-struktur yang lemah. Jika berada di kawasan pantai, berwaspada dengan tsunami.

Perhatian: Artikel mengenai Tsunami sudah diterbitkan dalam laman blog ini pada 17 Mac 2011

(Sumber: Diadaptasi dari artikel yang disiarkan akhbar The Star)


Quicksand


(Daniel Bonn is a physics professor and quicksand expert. He is now based at Ecole Normale Superieure in Paris.)

“One of the things you hear about quicksand is that you shouldn’t move, and that’s true because this liquefies the material and you sink away in it. It’s also true that once you’re in, it’s almost impossible to get out. Grains of clay and sand form a thick layer around your feet. The force you would need to pull somebody out from this at a reasonable speed would actually pull them in too.

So what you have to do is wiggle your leg. Getting water into the mixture allows you to dilute and expand the sand grains and separate them from each other.

Wiggling lets water trickle between your leg and the hole that your leg created. If you do that slowly and for long enough, you will get out.