Sunday, May 6, 2018

Diam Dan Kebodohan



DIAM DAN KEBODOHAN

Sebahagian ulama mengatakan di dalam DIAM itu terdapat 7 kebaikan.

1. Ia adalah ibadah tanpa susah payah.
2. Perhiasan tanpa intan permata.
3. Kewibawaan tanpa kekuasaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Tidak perlu meminta maaf kerana salah berbicara.
6. Memberi istirehat bagi Kiraman Katibin.
7. Menutupi aib yang mungkin timbul kerana banyak berbicara.

Sedangkan KEBODOHAN itu mempunyai 6 ciri :

1. Marah tanpa alasan yang tetap.
2. Berbicara tanpa manfaat.
3. Memberi tidak pada tempatnya.
4. Membukakan rahsia kepada siapa sahaja.
5. Percaya kepada setiap orang.
6. Tidak mengenal siapa kawan siapa lawan.

Pesan Pada Hati



PESAN PADA HATI KITA

Pesan pada hati kita
Sabar dan lapangkan dada
Ketenangan pasti menjelma.

Pesan pada hati kita. 
Istiqomah dan istighfar sentiasa. 
Sesungguhnya Allah temankan kita.

Pesan pada hati kita. 
Jangan menyesal mengenali seseorang dalam hidup kita. 
Allah hadirkan dia ada hikmahnya.

Pesan pada hati kita. 
Jangan berduka saat ujian menimpa. 
Allah hendak beri kurnia dan hapuskan dosa.

Pesan pada hati kita. 
Jangan sombong dengan pinjaman sementara. 
Bila - bila masa Allah boleh mengambilnya semula.

Pesan pada hati kita. 
Dipuji jangan bangga dikeji jangan kecewa. 
Bukan semua manusia serupa.

Pesan pada hati kita. 
Cukup - cukuplah dengan dosa yang ada. 

Maut berjabat tidak kira masa.
Betapa banyak masalah menimpa
Solat memberi ketenangan jiwa. 
Umpama air mengalir ke muara. 
Umpama kusut bertemu puncanya..
Tiadalah daya upaya melainkan Allah membantu kita semua dengan rahmat-Nya....

(Amir Zarith)