Sunday, July 2, 2017

Hasil Munajat Kepada Raja Segala Raja




Sebelum penceramah tersohor, Sheikh Muhammad Hassan memulakan ceramah di Masjidil Haram, Makkah, seorang jemaah datang menemuinya dan berkata "Demi Tuhan, anda jangan dulu bercakap sebelum anda dengar kisah saya." 

Sheikh Md Hassan lalu memberinya ruang untuk bercerita. Pada zahirnya dia manusia biasa. Bergiat dalam perniagaan. Rezekinya diluaskan oleh Allah. Apa yang jelas ialah bahawa jemaah ini pernah mengalami stroke total. Beliau berubat ke London, Perancis, malah Amerika, namun Allah belum juga memberinya kesembuhan.

Menurut ceritanya, pada suatu hari dia menyaksikan siaran langsung solat dari Masjidil Haram di televisyen. Airmatanya tiba-tiba bercucuran. Kemudian dia memberitahu anak-anaknya, dia ingin menemui SANG RAJA di rumah-Nya sendiri. Anak itu bertanya, Raja yang mana. Katanya dia ingin menemui Raja Segala Raja, ingin menunaikan umrah dan bercadang menyewa kapal terbang khas. 

‘Wahai anak-anakku, masukkan saja ayah ke dalam Masjidilharam dalam keadaan duduk di atas kerusi, dalam posisi terdekat dengan Kaabah."

Doa yang dipanjatkan di hadapan kaabah cukup sederhana:

»وَاللهِ مَا أَنَا طَالِعٌ مِنْ بَيْتِكَ إِلَّا عَلَى رِجْلَيَّ أَوْ عَلَى الْمَقَابِرِ«
"Demi Keagungan-Mu, ya Allah, saya merayu agar saya hanya akan beredar keluar dari rumah-Mu ini dengan berjalan secara normal. Atau pun Engkau cabut saja rohku. Biarlah jasadku dihantar ke kubur."

"Satu jam saya bermunajat dan merintih dengan membaca doa sederhana ini. Akhirnya saya merasa penat dan kepala saya terasa tak selesa. Saya bertelakan di atas kerusi hingga terlena.Semasa tidur sedemikian rupa saya mendengar suara menggamit ‘Bangunlah, dan berjalan.’ Sebanyak tiga kali.
Setelah terbangun saya terus bangkit dan berjalan beberapa langkah. Kemudian saya teringat saya sebelumnya kena stroke. Lalu saya berteriak:
(يا ملك والله ما خيبت من لجأ إليك)
‘Wahai Raja, tak pernah hampa dan kecewa siapa sahaja yang mencari perlindungan-Mu!"

Semoga peringatan ini bermanfaat

Soliloquy Seorang Aku




Yang tua dihormati, yang muda dikasihi, masing-masing ada tempat tersendiri. Di dalam sanubari tidak akan ada rasa benci, jika saling memahami.

Allah sudah pinjamkan kita salah satu dari sifat-Nya...Maha Pengasih Maha Penyayang ... untuk kita amalkan bersama.

Jangan putuskan silaturrahim.Itu akan mengundang kemurkaan-Nya. Semoga kita menjadi hamba yang disayangi.

Ada yang tidak terdengar oleh telinga itulah SUARA HATI,

Ada BENTUK yang tidak terlihat oleh mata itulah FIKIRAN,

Ada AROMA yang tidak tercium oleh hidung itulah KEBAJIKAN,

Ada RASA Yang tidak terkecap oleh lidah itulah KETULUSAN,

Ada SENTUHAN Yang tidak teraba oleh kulit itulah KASIH SAYANG,

Ada KEADAAN BATIN yang tidak terlintas di fikiran itulah KESEDARAN.

ORANG YANG KUAT ADALAH:
● yang bertawakal ketika dilanda bimbang,
● yang dapat mengendalikan rasa marah di saat ia menyerang,
● yang dapat bersyukur ketika rasa kecewa menjelang,
● yang dapat tersenyum ketika hati terluka
● yang bingkas bangkit selepas terjatuh.

JIKA HIDUP SELALU…
● memancarkan kasih, maka kita akan dikasihi,
● bermurah hati, maka kita akan murah rezeki,
● jujur, maka kita akan dipercayai,
● rendah hati, maka kita akan disegani,
● bersemangat, maka kita akan menjadi sumber inspirasi.

Hidup ini singkat, jangan diguna untuk berdebat. Lebih baik jaga martabat, agar hidup menjadi lebih sihat.

Semoga lelah hari ini menjadi Ibadah. Semoga kita menjadi insan lebih baik dan bermanfaat kepada makhluk Allah.

*Robbana Taqobbal Minna* Ya Tuhan kami, terimalah dari kami (amalan kami).

Aamiin.