Friday, July 1, 2016
Bismillah 5
* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
ANTARA FUNGSI BISMILLAH 5:
*penawar bisa diri
*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*penawar bisa-bisa badan
*penawar bisa batu merian
*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.
Cara menggunakan Bismillah 5:
1. Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di tempat yang sakit.
2. Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-ubun bayi.
3. Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat.
Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun. Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat
Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit :
الرمان delima
الروب yogurt
الثوم bawang putih
البصل bawang besar
الشاي الأخضر teh hijau
الشوفان oat
القرع labu
البروكلي brokoli
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
Tiga perkara membawa penyakit:
1) الكلام الكثير banyak bercakap
2) النوم الكثير banyak tidur
3) الأكل الكثير banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
Empat perkara merosakkan badan:
1) الهم dukacita
2) الحزن sedih
3) الجوع kebulur
4) السهر tidak tidur malam
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
Empat perkara menambah seri wajah:
1) التقوى taqwa
2) الوفاء jujur
3) الكرم pemurah
4) المروءة jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
Empat perkara menarik rezeki:
1) قيام الليل qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار banyak istighfar waktu 2/3 malam
3) تعاهد الصدقة biasa bersedekah
4) الذكر أول النهار وآخر berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
Empat perkara menjauhkan rezeki:
1) tidur waktu pagi
2) Sedikit bersolat
3) Malas
3 Amalan Agung
3 amalan Allah Azza wa Jalla berikan pahala tanpa batas kepada pelakunya kerana ia adalah amalan agung di sisi Allah, iaitu:
1. Memaafkan.
Allah berfirman:
فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ
"Maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya berada diatas (tanggungan) Allah. (asy-Syura: 40)
2. Bersabar
Allah berfirman:
إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب
" Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas " (QS Az Zumar : 10).
3. Puasa.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman bermaksud: “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi” (HR. Muslim no. 1151)
Semoga Allah Azza wa Jalla memberi kita taufiq agar mampu melakukan ketiga amalan mulia ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

