Tuesday, November 3, 2015

Jangan Ucap Sewenangnya

Dari Jundub r.a katanya Rasulullah s.a.w. bercerita bahawa seorang lelaki pernah berkata:"Wallah! (Demi Allah) Allah Ta'ala tidak akan mengampuni dosa si fulan." Maka Allah S.W.T. berfirman: "Siapa itu yang bersumpah atas nama-Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni dosa si fulan? Sesungguhnya Aku Maha Pengampun. Maka hapuslah amalmu (kerana ucapan itu)." ( Sahih Muslim, hadis No. 2249).
"Bahaya cakap sesuka hati. Bahaya keberanian melampaui batas. Bahaya toleransi yang menyebut-nyebut kebaikan diri sendiri. Bahaya kecantikan adalah kesombongan. Bahaya ucapan adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa dan bahaya pemurah adalah berlebih-lebihan." (Sumber: Tengku Abdul Wahab melalui Senyum Sokmo]
Kuatnya seseorang itu apabila tetap berdiri walau sendiri, tetap bersabar walau diuji,tetap berbelas walau dikeji,tetap tersenyum walau disakiti, tetap mengasihi walau dibenci, tetap mendoakan walau dikhianati..[Hairul Nizam Ijam]

Sunday, November 1, 2015

Jenazah Peserta Program Pengurusan Jenazah

Dia datang sebagai peserta program pengurusan jenazah yang dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Rani di Sarawak.
Namun Allah memilihnya untuk menjadi jenazah seterusnya dihadapkan kepada-Nya.. Innalillahi wainnailaihi rojiun buat Allahyarhamah. Bertuahnya dia mendapat husnul khotimah, malah jenazahnya diimamkan sendiri oleh Ustaz Ahmad Dusuki.
Kematian itu sentiasa mengintai perjalanan hidup ini. Bersediakah kita untuk menuju ke sana?