Monday, March 2, 2015
Petua Cari Mangsa Lemas
Ambil 7 Biji Batu, duduk di tempat mula-mula mangsa lemas itu terjun. Batu pertama baca Surah Al-Fatihah 7 kali, kemudian lontar. . Batu kedua Selawat 7 Kali, kemudian lontar. Batu ketiga Surah Al-A’raf Ayat 3, 7 Kali, kemudian lontar. Batu keempat Surah Al Ikhlas 7 Kali, kemudian lontar. Batu kelima Surah Al-Falaq 7 Kali, kemudian lontar. Batu keenam Surah An-Nas 7 kali, kemudian lontar. Batu ketujuh Surah Kursi 7 Kali, kemudian lontar. Setiap kali hendak melempar batu, baca "Bismilahiallahuakbar". Dengan Izin Allah, batu itu akan menepis dan memukul segala gangguan dan benda yang menyembunyikan mayat mangsa lemas tersebut dan In sya Allah, kita akan temui mangsa tersebut.
Hukum Menahan Kentut Dalam Solat
"Makruh mengerjakan solat sambil menahan hendak buang air besar atau air kecil atau hendak kentut. bahkan terkadang menjadi haram menahannya kalau akan mendatangkan mudarat dan sunat menyelesaikan semua itu bahkan terkadang wajib, sekalipun tidak sempat mengerjakan solat jemaah. Makruh menahan semua yang disebutkan di atas apabila waktunya (waktu solat) masih luas. Tetapi jika waktu telah sempit wajiblah bersolat sambil menahannya selama tidak memberi mudarat kerana menghormati waktu"
-Sabilal Muhtadin, Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari
Solat si penahan kentut itu masih sah, tetapi jatuh makruh hukumnya. Jika merujuk kitab lain seperti kitab riyadhus sholihin, ditemui akan nas/hadis Rasulullah s.a.w: Dari Aisyah r.a berkata,"Saya pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Tidak sempurna solat seorang muslim apabila makanan telah dihidangkan, atau apabila dia didesak buang air besar atau kecil" (Hadis riwayat Imam Muslim).Antara sebabnya menjadi makruh ialah apabila ditahan akan akan kentutnya maka akan terganggu khusyuknya dalam bersolat. Apatah lagi jika dengan menahan menyebabkan si penahan bergerak-gerak kecil dan menyebabkan terganggunya jemaah lain (jika solat berjemaah).Tetapi hukumnya boleh menjadi haram (iaitu tidak sah solatnya) jika dengan perbuatan menahan itu akan mendatangkan mudarat kepada yang menahan, sebagai contoh akan mendatangkan penyakit kepada si penahan.Hukumnya boleh berubah menjadi wajib (menahan kentut atau buang air besar dan kecil) sekiranya jika kita membatalkan solat maka akan luput waktu solat (contoh: kita solat di akhir waktu atas sebab yang tidak apat dielakkan).
Subscribe to:
Posts (Atom)


